Helmi & Azroy Kekal Positif di Sepang, Bangga Dengan Pencapaian Hakim Danish

Pelumba negara, Muhammad Helmi Azman, menutup sesi kelayakan Moto2 Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di kedudukan ke-30, namun tetap berpuas hati dengan peningkatan prestasinya berbanding musim lalu. Meskipun gagal menempatkan diri dalam kelompok teratas, pelumba berusia 26 tahun itu tetap positif dan berazam untuk memperbaiki tunggangannya pada hari perlumbaan nanti.

“Prestasi hari ini, saya rasa agak gembira sebab saya memang nampak banyak peningkatan berbanding tahun lepas. Kami pun tak sangka boleh buat 0.6 mileage walaupun masih belum benar-benar selesa dengan jentera. Cuma dalam sesi kelayakan tadi, ada sedikit salah faham komunikasi yang buatkan keputusan tak menjadi seperti dirancang,” jelas Helmi dengan tenang.

“Untuk esok, saya harap dapat berada dalam kelompok pelumba lain, tak tercicir di belakang dan boleh beri saingan. Saya tahu bukan mudah, tambahan pula dengan cuaca Malaysia yang tak menentu, tapi saya akan cuba yang terbaik.”

Mengulas mengenai kecaman yang diterimanya dan rakan sepasukan, Azroy Hakeem Anuar, sepanjang minggu perlumbaan di Sepang, Helmi mengakui memahami reaksi peminat namun berharap masyarakat lebih realistik terhadap situasi yang dihadapi mereka.

“Saya tahu kecaman agak teruk daripada netizen, tapi kami dah cuba yang terbaik. Kena faham juga persediaan kami agak singkat. Tak sama macam Hakim Danish dia ada masa lebih panjang untuk ‘test’ dan buat persediaan. Kami pula ada komitmen lain seperti perlumbaan Asia Road Racing Championship (ARRC), Petronas Malaysian Cub Prix dan Malaysian Superbike Championship. Tapi apa pun, seluruh pasukan dah buat yang terbaik, dan kami pun memang nak bersaing di depan. Cuma harap rakyat Malaysia terus beri sokongan dan semangat supaya kami boleh tampil lebih baik esok.

Dalam masa yang sama, Helmi turut meluahkan rasa bangga terhadap rakan senegara, Hakim Danish, yang mencipta kejutan dalam penampilan sulungnya di Moto3 selepas layak terus ke Q2 dan kini disahkan bakal beraksi sepenuh masa dalam kejuaraan dunia musim depan. Hakim Danish sah sertai Moto3 Musim depan

“Hakim Danish memang hebat. Masuk terus ke sesi kelayakan Q2 semalam,saya yang berlumba dalam Moto2 pun bangga tengok pencapaian dia. Bila dapat tahu dia akan beraksi dalam Moto3 musim depan, saya sangat gembira dan bangga. Dia bagi inspirasi untuk saya terus bersemangat dan buat yang terbaik esok.”

Sementara itu, rakan sepasukan Helmi, Azroy Hakeem Anuar, yang yang menamatkan sesi kelayakan 1.143 saat di hadapan Helmi akan bermula dari petak ke 29, turut berpuas hati dengan peningkatan yang dicatat.

“Hari ini saya banyak improve dari semalam. Dapat buat ‘best lap time’ walaupun cuaca panas dan cengkaman tayar agak kurang. Saya cuba ikut kumpulan depan tapi tidak sempat. Apa pun saya tetap puas hati sebab ada peningkatan. Esok saya akan cuba sedaya upaya untuk kejar kumpulan depan sebab kalau mampu saya tak nak berlumba bersendirian,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi Hakim Danish, Azroy turut memuji pencapaian pelumba muda itu dan percaya beliau berpotensi mencipta sejarah seperti Hafizh Syahrin.

“Hakim memang layak. Dari umur 14 tahun dia dah dedahkan diri dengan jentera prototaip Moto3. Musim depan dia satu-satunya wakil Malaysia di Kejuaraan Dunia MotoGP, jadi tahniah kepada dia. Saya yakin Hakim boleh ulang kejayaan yang pernah dicapai Hafizh dulu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related