Pelumba negara, Muhammad Helmi Azman menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan gelaran juara MSBK600 selepas memenangi perlumbaan 2 di Motosikal Superbike Malaysia (MBSK) anjuran MAM sebentar tadi.
Perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC), menyaksikan pelumba berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi yang begitu meyakinkan apabila mendominasi setiap pusingan dengan memimpin perlumbaan.
“Perlumbaan hari ini, cukup baik untuk saya. Cuaca pun begitu panas juga. Jadi, harini saya cuba untuk kawal kelajuan saya. Saya tahu keadaan saya minggu ini amat baik, jadi saya berikan fokus kepada kelajuan saya je sampai ke garisan penamat dan Alhamdulillah saya dapat menjuarai perlumbaan ini.
“Dari segi persembahan saya hari ini, saya amat berpuas hati kerana. Perlumbaan hari ini adalah lebih baik dari persembahan saya di Kejohanan IDEMITSU FIM Asia Road Racing (ARRC) 2024 minggu lalu, jadi saya memang menggunakan perlumbaan hari ini sebagai latihan saya untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi prestasi saya menjelang ARRC 2025 nanti.
Mengulas mengenai perlumbaan 2 yang dijadualkan berlangsung esok, pelumba Boon Siew Honda Racing Team itu turut mengharapkan dapat mempamerkan aksi yang cemerlang.
“Saya akan cuba untuk pertahankan kemenangan saya dalam perlumbaan esok dan sudah pasti saya akan memastikan kelemahan saya pada perlumbaan hari ini untuk memperbaiki keselapan tersebut dan mempamerkan aksi yang lebih baik esok,” katanya kepada Tarmac.
Sementara itu, satu lagi wakil negara Muhammad Syarifuddin Azman atau lebih dikenali dengan nama Damok turut meraih podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 selepas mencatat masa +15.183 dibelakang Helmi.
Dalam pada itu, bagi aksi MSBK 250 pula , Pelumba Honda NWN SCK Racing Team Gerry Salim berjaya memenangi perlumbaan selepas mencatat masa 2:26.491 saat dan dieekori Pelumba dari Thailand, Kitsada Tanachot (Honda Raching Tha) di tempat kedua dan Irfan Ardiansyah (Honda NWN SCK Racing Team) ditempat ketiga.
Meskipun tiada sebarang kelibat pelumba muda negara di atas podium, namun persembahan mereka harus dipuji apabila mempamerkan aksi cemerlang dan empat pelumba negara berjaya menempatkan diri dalam kelompok sepuluh terbaik.