Hakim Danish gagal tamatkan perlumbaan 2 di Aragon

Impian pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli untuk menamatkan perlumbaan 2 di kedudukan terbaik dalam saingan Junior GP di Aragon, Sepanyol, tidak kesampaian apabila jentera tunggangannya mengalami masalah teknikal meskipun meraih kedudukan keempat di perlumbaan 1.

Dalam perlumbaan 2 yang berlangsung pada Ahad itu, pelumba kelahiran Terengganu itu tampil bertenaga pada pusingan awal dan sempat bersaing rapat dengan kelompok hadapan, berjaya menempatkan dirinya di kedudukan kelima. Namun, hasrat untuk menamatkan perlumbaan terbantut apabila beliau terpaksa menarik diri di pertengahan saingan akibat masalah jentera.

Walaupun kecewa, Hakim Danish tetap positif dan menzahirkan tekad untuk terus bangkit menghadapi cabaran seterusnya.

“Syukur dan Alhamdulillah. Perlumbaan 2 di Aragon sudah pun tamat. Saya secara jujurnya berada dalam keadaan baik sepanjang perlumbaan meskipun saya tidak dapat menghabiskan perlumbaan tersebut akibat isu teknikal yang dialami jentera saya. Namun, sepanjang perlumbaan saya cuba untuk kekal tenang.

Saya tahu, dalam perlumbaan perkara seperti ini memang boleh berlaku.Saya tidak akan putus asa dan akan mengekalkan semangat saya dengan terus berjuang dan bekerja dengan lebih keras untuk perlumbaan seterusnya,” katanya menerusi satu kiriman video.

Dengan kegagalan menamatkan perlumbaan itu, Hakim kehilangan 63 mata penting dan kini berada di kedudukan ketujuh carta keseluruhan dengan 51 mata, hanya tiga mata di belakang Marco Morelli (4Lav Racing), manakala pendahulu kejohanan, Brian Uriarte terus mengukuhkan kedudukan dengan 114 mata.

Berikut merupakan keputusan penuh Perlumbaan 2 di Aragon :

Hakim Danish dijangka akan kembali lebih bersedia dalam pusingan seterusnya yang dijadualkan berlangsung 21 september ini di Litar Motor Valley dan Emilia Romagna , Itali dengan membawa semangat juang yang tinggi demi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.


Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related