Hakim Danish bakal beraksi dalam dua pusingan terakhir Moto3

Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, akan beraksi dalam dua pusingan terakhir Kejuaraan Dunia Moto3 2025, menggantikan Ryusei Yamanaka yang terpaksa menamatkan musim lebih awal selepas menjalani pembedahan pada jari kelingking kiri. Ini menjadikan Danish berdepan jadual padat untuk bulan November.

Menurut pasukan, Yamanaka mengalami kecederaan yang memerlukan rawatan lanjut dan tidak akan sempat pulih untuk baki perlumbaan musim ini. Peluang ini merupakan satu pengalaman berharga yang bakal menjadi batu loncatan penting dalam persiapannya menuju ke penampilan penuh di Kejuaraan Dunia Moto3 pada musim 2026.

Hakim Danish yang sebelum ini diumum sertai pasukan MSi Racing Team pada 25 Oktober 2025 ketika buat penampilan pertama di GP Malasyia sekali lagi diberi peluang untuk beraksi di Portimao pada 7 hingga 9 November dan di Valencia 14 hingga 16 November bersama pasukan beliau bermula musim 2026.

Hakim Danish ketika ini masih lagi perlu mengharungi dua pusingan terakhir FIM JuniorGP World Championship 2025 dimana pusingan ke -6 akan berlangsung di Barcelona dan pusingan ke-7 dan terakhir di Ricardo Tormo pada 23 November.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related