Gagal raih podium, Yamaha kekal bangga dengan Fabio

Pelumba tuan rumah, Fabio Quartararo, mungkin tidak menaiki podium dalam Sprint Race di Le Mans bagi musim 2025, namun prestasinya tetap menjadi tumpuan apabila menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu.

Dalam perbandingan catatan masa, Fabio mencatat masa yang lebih pantas berbanding Marc Marquez pada selekoh pertama serta dua selekoh terakhir perlumbaan. Meskipun Marquez berjaya mengekalkan kemenangan keenam berturut-turut dalam aksi Sprint, kelajuan konsisten Quartararo menjadi petanda positif buat pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.

Lebih meyakinkan, catatan masa Fabio pada tahun ini di Le Mans adalah lebih baik daripada lap yang dibuatnya pada musim 2024 di litar yang sama, meskipun menggunakan kombinasi tayar depan Slick-Hard dan belakang Slick-Soft yang serupa. Peningkatan ini jelas menunjukkan kemajuan dari segi pengendalian jentera dan konsistensi pelumba.

Pengarah Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Massimo Meregalli, turut menyuarakan rasa bangga terhadap pencapaian tersebut:

“Kami sangat berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan Fabio. Walaupun tidak berjaya ke podium, data daripada Sprint Race menunjukkan arah pembangunan kami berada di landasan yang tepat. Konsistensi dan prestasi Fabio jelas semakin baik, dan ini adalah sesuatu yang amat penting buat kami.

Dalam perlumbaan tersebut, Fabio memulakan saingan dari petak utama buat kali pertama sejak 2021 dan beraksi cemerlang mengekang asakan awal Marc Marquez sebelum dipintas pelumba Ducati itu pada pertengahan perlumbaan. Namun, Fabio tetap berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan sebelum disusuli cabaran sengit daripada pelumba Gresini, Alex Marquez dan Fermin Aldeguer.

Walaupun tidak membawa pulang trofi di hadapan penyokong sendiri, kemajuan yang dipamerkan oleh Quartararo dan jentera Yamaha memberi harapan baharu untuk saingan seterusnya dalam musim yang masih panjang.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related