Fermin Aldeguar bayangan baru Marc Marquez?

Pelumba muda MotoGP, Fermin Aldeguer, kini menjadi bualan selepas statistik perlumbaannya mula dibandingkan dengan legenda sukan yang juga merupakan pendahulu carta kejuaraan dunia ketika ini, Marc Marquez.

Marquez yang mempamerkan kehebatannya di MotoGP Thailand selepas merangkul petak utama, memenangi perlumbaan sprint, dan mencatat kemenangan pertama dalam perlumbaan grand prix. Namun, pencapaiannya musim lalu bersama Gresini, ketika menunggang jentera Ducati versi tahun sebelumnya, menjadi asas utama perbandingan dengan Aldeguer.

Memetik laporan dari Crash.Net, Aldeguer yang menggantikan Marquez di Gresini tahun ini, mempamerkan beberapa pencapaian yang mencuri perhatian. Menurut Neil Hodgson dari TNT Sports, Frankie Carchedi, individu yang bekerja bersama Aldeguer, mengakui bahawa data pelumba muda itu menunjukkan ciri-ciri seperti Marquez.

“Dia sangat terkesan dengan bakat luar biasa remaja 19 tahun ini. Dia berkata ‘beberapa perkara yang saya lihat dalam data mirip dengan Marc Marquez’. Namun, kami masih cuba memahami mengapa dia tidak konsisten.

“Sikapnya nampak agak emosional apabila keadaan tidak berjalan lancar. Namun, dengan ketua kru yang berpengalaman, dia pasti akan belajar untuk lebih tenang dan tidak panik.

Sementara itu, Michael Laverty yang juga merupakan bekas pelumba motor turut memberikan pandangan positif mengenai Aldeguer dengan menyatakan pelumba muda itu bakal mencipta namanya dalam sejarah motor di masa hadapan.

Kredit : Gresini Racing

“Bayangkan seseorang yang pernah bekerja dengan pelumba berbakat luar biasa, bakal menjadi salah seorang yang paling laju dalam sejarah MotoGP, kini melihat data anda dan berkata ‘anda melakukan sesuatu yang mirip dengan Marc Marquez‘.

“Dia hanya perlu belajar untuk bertenang sepanjang hujung minggu perlumbaan. Jika FP1 tidak berjalan lancar, jangan panik. Perbaiki keadaan dan stabilkan rentak.

Perekrutan Aldeguer oleh Ducati tahun lalu dianggap sebagai langkah bijak. Selepas menandatangani kontrak dengan pengeluar itu, Aldeguer ditempatkan di Gresini, menggantikan tempat Marquez yang dipromosikan ke pasukan kilang Ducati.

Dalam perlumbaan minggu lalu di MotoGP Thailand, Aldeguer bermula di petak ke-15 dan menamatkan perlumbaan sprint serta grand prix di kedudukan ke-13. Bagaimanapun, Ai Ogura, rakan seangkatannya, lebih menonjol selepas menamatkan perlumbaan utama di kedudukan kelima.

Walaupun masih dalam proses menyesuaikan diri, Aldeguer telah menunjukkan potensi besar dan dijangk a bakal mencipta rekod tersendiri sekiranya beliau berhasil menemukan kunci dalam menstabilkan prestasinya, dan kemungkinan besar bakal bakal mengikut jejak langkah Marquez dalam menjadi bintang utama MotoGP.

Baca juga:

https://tarmacsports.net/aprilia-tidak-akan-halang-latihan-supermoto/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related