Idlan Haqimi Sasar Kekal Atas Podium, Pertahan Pendahuluan CP125

BATU KAWAN, PULAU PINANG — Pendahulu kategori CP125, Idlan Haqimi tampil dengan misi jelas untuk meneruskan rentak konsisten apabila turun beraksi pada Pusingan Ke-4 MAM Malaysian Cub Prix Championship di Batu Kawan, Pulau Pinang, hujung minggu ini.

Pelumba ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM itu kini mengungguli kedudukan CP125 dengan 58 mata, sekali gus meletakkannya sebagai antara pelumba yang perlu diberi perhatian pada pusingan kali ini.

Idlan mengakui cabaran di Batu Kawan bukan mudah, terutama dengan kehadiran pasukan lawan yang mempunyai rekod baik di litar tersebut. Namun, persiapan rapi dari aspek kecergasan, mentaliti dan tenaga menjadi antara persediaannya untuk berdepan saingan sengit.

“Bagi perlumbaan Pusingan Ke-4 di Batu Kawan, Pulau Pinang, saya sasar untuk terus berada di atas podium walaupun berdepan dengan pasukan lawan yang mempunyai rekod baik di sini.

“Sebelum perlumbaan minggu ini, saya sudah membuat beberapa persediaan awal dari segi kecergasan, mentaliti dan tenaga sebagai usaha untuk menghadapi saingan.

“Saya pasti pasukan akan terus menyediakan jentera pada tahap terbaik seperti perlumbaan-perlumbaan sebelum ini,” katanya.

Dengan kelebihan di puncak kejuaraan, Idlan pastinya mahu menjadikan Batu Kawan sebagai satu lagi pentas penting untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan gelaran CP125 musim ini.

Pusingan Ke-4 MAM Malaysian Cub Prix Championship akan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos di Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related