Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Farish Hafiy bakal buat penampilan pertama di FIM JuniorGP World Championship

Farish Hafiy bakal membuat kemunculan pertamanya di FIM JuniorGP World Championship bagi menggantikan tempat Hakim Danish yang dilaporkan terlibat dalam kemalangan minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pasukan ZKRacing yang menyatakan Hafiy bakal buat penampilan sulungnya di pentas FIM Junior World Championship tidak lama lagi susulan kemalangan yang menimpa Hakim Danish yang menyebabkan kecederaan dijari tangan kanannya.

“Hafiy sekarang sedang berada di kem latihan Rider Formation, Barcelona sedang giat melakukan latihan intensif dan persediaan bagi penampilan sulung dipentas FIM JuniorGP World Championship,” katanya.

Latihan intensif itu merupakan persiapan rapi buat pelumba muda negara untuk memperkukuhkan lagi kemahiran dan fizikalnya dalam menghadapi saingan yang bakal menantinya di kejohanan tersebut.

Terdahulu, Hafiy baru sahaja menamatkan perlumbaan di Kejohanan Asia Talent Cup dengan meraih kedudukan tempat ketiga di podium pada 2 November lalu.

FIM JuniorGP pusingan akhir ini dilaporkan bakal berlangsung pada 25 hingga 27 November 2024 di Litar Estoril, Portugal dengan jumlah dua perlumbaan secara keseluruhan.

Sebelum ini, perlumbaan tersebut dijadualkan berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Valencia sebelum terpaksa mengubah lokasi perlumbaan akibat bencana alam yang melanda kawasan tersebut pada 29 Oktober yang lalu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related