Cal Crutchlow buat kemunculan semula bersama LCR Di GP Itali

Selepas hampir enam tahun meninggalkan pasukan LCR, Cal Crutchlow kembali menyertai Castrol Honda LCR bagi menggantikan Johann Zarco yang mengalami kecederaan menjelang Grand Prix Itali di Mugello hujung minggu ini.

Bekas pelumba LCR itu sebelum ini beraksi bersama pasukan berkenaan dari tahun 2015 hingga 2020 dan mencipta pelbagai kejayaan termasuk 12 podium serta tiga kemenangan sepanjang tempoh tersebut.

Kemenangan pertamanya di Brno pada 2016 turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kemenangan sulung LCR dalam MotoGP selain muncul pelumba British pertama memenangi perlumbaan kelas premier sejak tahun 1981.

Kini pada musim 2026, Crutchlow sekali lagi akan bergandingan bersama pasukan itu untuk mengendalikan jentera Honda RC213V di Mugello.

Pihak Castrol Honda LCR turut berterima kasih kepada Crutchlow atas kesediaan dan komitmennya untuk kembali berlumba, selain menyifatkan hubungan erat antara kedua-dua pihak sebagai faktor penting kepada kerjasama tersebut.

Dalam masa sama, pasukan itu turut menzahirkan sokongan penuh kepada Zarco yang dijadual menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat selepas mengalami kecederaan susulan kemalangan di GP Catalunya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related