Pertarungan penentuan petak utama terakhir musim 2025 berlangsung sengit di Litar Ricardo Tormo, apabila kurang 0.1 saat memisahkan lima pelumba terpantas. Akhirnya, Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) muncul sebagai pemilik pole position selepas mencatat 1:28.809 saat(s), memecahkan rekod terdahulu.
Pelumba Itali itu mencatat hanya 0.026saat lebih laju daripada masa Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) dan 0.044saat mengatasi Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team).
Sorotan perlumbaan
Q1
Aksi Q1 menyaksikan babak dramatik. Augusto Fernandez (Yamaha Factory Racing) terjatuh di selekoh 8, manakala rakan senegaranya, Raul Fernandez (Trackhouse MotoGP), mendahului sesi dengan kelebihan 0.032s. Johann Zarco (CASTROL Honda LCR) berada di Petak 2(P2), sementara Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team), Juara Dunia dua kali, menghuni P3 dalam saingan yang sangat rapat.
Bagnaia kemudian naik ke Petak 2, namun Raul Fernandez kembali melonjak selepas merekodkan 1:29.036saat. Drama tercetus apabila jentera Bagnaia mengalami masalah dan terpaksa berhenti di tepi trek. Situasi itu membuka ruang untuk Binder, Espargaro, dan Zarco menyingkirkan Bagnaia dari kelompok dua teratas.
Apabila Luca Marini (Honda HRC Castrol) mencuri Petak 3 pada saat akhir, segalanya berubah, Raul Fernandez dan Zarco menjadi dua pelumba yang layak ke Q2, sementara Bagnaia hanya akan bermula dari P16, satu petak di hadapan Jorge Martin (Aprilia Racing) yang kembali beraksi.
Q2
Saingan Q2 bermula dengan laju apabila Pedro Acosta merekodkan masa pembuka terbaik, diikuti Fernandez dan Franco Morbidelli. Bezzecchi hampir terjatuh di Turn 2 sebelum memasuki gravel, namun bangkit mengumpul semula momentum.
Alex Marquez kemudian mencatat 1:28.967, masa pertama dalam lingkungan 1:28 pada hujung minggu ini. Namun Bezzecchi kembali menggegar sesi dengan 1:28.809, mencipta rekod baharu litar.
Saat-saat terakhir terus tegang. Quartararo naik ke P3, Miller ke P5, dan Fernandez ke P4, menjadikan hanya 0.096s memisahkan lima pelumba teratas. Dengan tayar semakin haus, tiada siapa lagi mampu menandingi catatan Bezzecchi.
Hasilnya, Bezzecchi meraih pole position terakhir 2025, menutup tirai kualifikasi dengan gaya.
Senarai 12 Pelumba Teratas di Grid Valencia
Barisan Hadapan:
- Marco Bezzecchi – 1:28.809
- Alex Marquez – +0.026s
- Fabio Di Giannantonio – +0.044s
Barisan Kedua:
4. Raul Fernandez
5. Pedro Acosta
6. Fabio Quartararo
Barisan Ketiga:
7. Franco Morbidelli
8. Jack Miller
9. Fermin Aldeguer
Barisan Keempat:
10. Joan Mir
11. Johann Zarco
12. Ai Ogura


