Antonia Rueda dominasi GP Thailand

Jose Antonio Rueda membuktikan keazamannya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 apabila meraih kemenangan selesa dalam perlumbaan pembukaan di Buriram, Thailand sebentar tadi.

Sebaik sahaja perlumbaan Moto3 di Litar Chang bermula, Rueda terus mendahului saingan sebelum Matteo Bertelle (Level UP MTA) yang meraih petak pertama selepas aksi cemerlang dalam sesi kelayakan pada Sabtu memintasnya, manakala Alvaro Carpe mengekori rapat untuk berada di kedudukan ketiga.

Walaupun begitu, pelumba Red Bull KTM Ajo itu enggan berputus asa dan kembali merampas kedudukan pendahulu sebelum Eddie O’Shea ( GRYD MLav Racing) dan Cormac Buchanan (BOE Motorsports) terjatuh di selekoh ke-12 yang juga merupakan lokasi perangkap yang telah menyebabkan beberapa kejatuhan pelumba sepanjang hujung minggu ini.

Insiden tersebut menyaksikan O’Shea terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal, manakala Buchanan masih mampu meneruskan saingan.

Dalam pada itu, persaingan sengit bagi kedudukan kedua masih diteruskan sehingga ke garisan penamat meskipun pelbagai insiden tidak diingini berlaku yang menyebabkan 11 pelumba gagal menamatkan perlumbaan.

David Munoz (Liqui Moly Dynavolt Intact GP) mencipta kejutan dengan aksi luar biasa, mendaki lapan kedudukan untuk meraih tempat kedua, manakala Ryusei Yamanaka (FRINSA MT-Helmets MSI) turut mempamerkan prestasi cemerlang dengan memintas Luca Lunetta dan Matteo Bertelle sekali gus merebut kedudukan ketiga.

Persaingan sengit tercetus antara Bertelle dan Munoz dalam perebutan tempat kedua, dengan Yamanaka yang turut menyertai saingan buat seketika ketika menghuni posisi naib juara sebelum akhirnya kehilangan kedudukan tersebut.

Nasib malang turut menimpa Tatchakorn Buasri (Honda Team Asia) yang terjatuh dan terpaksa akur menamatkan perlumbaan lebih awal.

Dengan 12 pusingan berbaki, Rueda seketika menyerahkan kedudukan pendahulu kepada Lunetta, tetapi dengan pantas memintas kembali untuk mengukuhkan cengkaman di posisi teratas. Sementara itu, Taiyo Furusato (Honda Team Asia) turut mengalami nasib yang sama apabila terjatuh dan gagal menamatkan perlumbaan.

Drama di atas litar diteruskan dengan Lunetta terbabas selepas menerima tekanan agresif daripada Munoz, yang dikenakan bendera kuning.

Namun, dominasi Rueda yang mempamerkan aksi penuh keyakinan sukar disekat sekaligus menoktahkan kemenangan buat pelumba berusia 16 tahun itu dalam meraih kemenangan bergaya di Buriram.



Baca juga :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related