Tidak wajar untuk MotoGP tergesa-gesa menganjurkan perlumbaan ditempat yang ditimpa bencana banjir besar. Pelumba pasukan Gresini Racing Team, Alex Marquez mempunyai pandangan yang hampir sama dengan abangnya, Marc Marquez yang tidak setuju pusingan terakhir dicepatkan.
Sebelum itu beliau berkongsi hasil sesi latihan sebelah pagi dan petang. Alex layak secara automatik ke Q2 selepas mencatat masa 1’58.296 untuk berada ditempat ke-5.
“Kami agak baik, bukan macam tahun lepas. Tapi masih ada kekurangan untuk sesetengah tempat di selekoh. Kami masih mempunyai ruang untuk diperbaiki lebih-lebih lagi apabila kami sukar untuk mengambil selekoh seperti yang kami mahukan.
Namun kita terus harus ke pandang ke depan untuk hari esok, Gresini Team masih boleh diperbaiki dari banyak segi. Kami akan cuba seboleh mungkin dan jadikan sesi kelayakkan lebih baik.” – kongsi Alex
Alex juga menyatakan pandangan mengenai perkembangan yang sedang berlaku di Valencia kita semua perlu menghormati mangsa bencana dan tidak perlu tergesa-gesa memikirkan perlumbaan seterusnya.
Baca juga: Valencia dilanda banjir
“Saya rasa apa yang mereka fikirkan tidak betul (meneruskan perlumbaan) dikala ramai mangsa masih sedih. Kita perlu mengambil risiko walaupun ini sebuah penganjuran dan perniagaan yang besar. Kita perlu tunggu lama sedikit mungkin bulan Disember atau pindah penganjuran di Barcelona.” tambahnya lagi
Dalam hantaran laman X, Gresini turut memuatkan gambar tanda solidariti kepada yang bencana banjir.