Vietti buka tirai GP San Marino dengan aksi cemerlang

Celestino Vietti (Beta Tools SpeedRS Team) memulakan aksi di laman sendiri dengan penuh bergaya apabila muncul pelumba Moto2 terpantas pada sesi Jumaat di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli , Itali.

Catatan masa 1’34.680 saat sudah memadai bagi pelumba #13 itu untuk menduduki kedudukan teratas, sekali gus memberi isyarat bahawa beliau merupakan pelumba yang perlu diberikan perhatian menjelang aksi pada Sabtu ini. Vietti kini masih memburu kemenangan pertama musim ini, dan Misano dilihat lokasi terbaik untuk melakar kejayaan tersebut.

Di belakangnya, pendahulu kejuaraan Manuel Gonzalez (LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP) hanya kurang satu persepuluh saat, membuktikan persaingan sengit menanti di pusingan ini. Turut mencuri tumpuan ialah pemenang GP Catalunya, Daniel Holgado (CFMOTO Inde Aspar Team), yang membuktikan kemenangan sulungnya di Barcelona bukan sekadar kebetulan dengan mengekalkan momentum cemerlang dengan menduduki kedudukan ketiga.

Jake Dixon (ELF Marc VDS Racing Team)yang mengalami insiden di selekoh 16, namun masih berjaya menempatkan diri di Petak 4(P4), manakala Diogo Moreira (Italtrans Racing Team) melonjak ke Petak 5 (P5) pada saat akhir. Albert Arenas (ITALJET Gresini Moto2) pula melengkapkan enam pelumba terbaik.

Nama-nama lain yang turut menyerlah termasuk Zonta van den Goorberg (RW-Idrofoglia Racing GP) di tempat ketujuh, diikuti Izan Guevara (BLU CRU Pramac Yamaha Moto2), Senna Agius (LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP) dan Barry Baltus (Fantic Racing Lino Sonego), meskipun Baltus sempat terjatuh di selekoh 10.

Aron Canet (Fantic Racing Lino Sonego), yang masih bergelut dengan kecederaan, berada di kedudukan ke-15 – hanya 0.043s daripada tiket automatik ke pusingan kelayakan 2 (Q2). Marcos Ramirez (OnlyFans American Racing Team) pula tidak bernasib baik selepas terjatuh di selekoh 4; insiden itu turut menafikan peluangnya memperbaiki masa dan sekadar menamatkan sesi di tempat ke-20, sekali gus perlu bermula di Q1.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related