GP Austria: Marquez terkandas di saat akhir, Bezzechi cipta kejutan

Spielberg menjadi saksi satu sesi kelayakan penuh drama dan debaran apabila Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) muncul wira mengejut dengan merangkul petak utama di Grand Prix Austria. Lebih manis, ini merupakan pole position pertamanya bersama Aprilia dan juga yang pertama sejak GP India 2023.

Pelumba Itali itu memanfaatkan slipstream di belakang Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) dan pada detik terakhir, berjaya “mencuri” kedudukan teratas dengan kelebihan hanya satu persepuluh saat. Aksi dramatik itu sekaligus menyingkirkan juara bertahan ke P3, sementara Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) merampas kedudukan kedua di grid selepas satu serangan lewat.

Namun, nasib tidak menyebelahi Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) yang sedang memburu peluang keemasan. Harapan #93 musnah selepas tergelincir di selekoh chicane, menyaksikan percubaannya untuk merebut petak utama terkubur serta-merta.

Sorotan

Kejutan sudah pun bermula sejak aksi Kelayakan 1 (Q1), apabila Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) menamatkan sesi dengan catatan masa terpantas, memintas Bezzecchi yang ketika itu dijangka mara bersama Jorge Martin. Lebih pedih buat Martin, dia terperangkap di luar kelompok Q2 dan hanya mampu memulakan perlumbaan dari petak ke-14.

Di Q2, keadaan semakin tegang. Johann Zarco (Castrol Honda LCR) menjadi pelumba pertama tersungkur, tetapi drama terbesar hadir daripada Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) yang berdepan masalah teknikal sekaligus memaksa rookie sensasi itu menolak jentera RC16 kembali ke pit melalui jalan belakang paddock.

Dalam pada itu, sejurus selepas tirai terakhir dilabuhkan, Bezzecchi kembali mengganas. Mengikut rapat Bagnaia, dia berjaya “menyambar” takhta kelayakan dengan penuh berani. Cubaan terakhir Acosta juga hampir menafikan kedudukan itu, namun satu “momen besar” di sektor akhir menyebabkan dia terpaksa berpuas hati di P7.

Barisan hadapan grid

  1. Marco Bezzecchi (Aprilia Racing)
  2. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) [Long Lap Penalty]
  3. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team)

Manakala Marc Marquez akan bermula dari P4, diikuti Bastianini (P5) dan rookie Fermin Aldeguer (P6).

Bezzecchi kini membawa harapan Aprilia untuk mencipta sejarah kerana pasukan itu belum pernah menang di Red Bull Ring. Namun, Bagnaia pula tampil dengan rekod cemerlang dengan tidak pernah tewas di Spielberg sejak 2022. Marc Marquez pula masih memburu kemenangan pertama di litar Austria ini.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related