Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, kini menerajui sebuah pasukan di Kejuaraan FIM JuniorGP iaitu SIC Racing-MSi. Struktur pasukan ini juga berbeza berbanding musim lepas bila mana Zulfahmi, sebagai pengurus pasukan akan berkerjasama dengan seorang krew Eropah, dan turut membawa tiga lagi krew lain dari Malaysia ke dalam pasukan.
Hakim Danish akan menjadi pelumba tunggal untuk pasukan SIC Racing-MSi di JuniorGP, selepas bersaing secara sepenuh musim dalam kategori European Talent Cup (ETC) selama dua tahun.
Zulfahmi gembira kerana berjaya merealisasikan peluang untuk menubuhkan pasukan di peringkat yang baru. Kata Zulfahmi,
Buat Hakim Danish pula, peluang ini adalah impian yang menjadi kenyataan,
Kejuaraan FIM JuniorGP akan bermula 21 April 2024 dengan pusingan di Emilia-Romagna, Itali sebagai perlumbaan pembuka musim.