Zandvoort Bakal Menyaksikan Sprint Race Pertama Minggu Ini

Selepas tiga minggu tanpa Formula 1, akhirnya cuti musim panas berakhir dan F1 kembali bersambung di Litar Zandvoort, Belanda untuk GP Belanda 2026. Namun, edisi kali ini cukup istimewa atas dua sebab.

Pertama, ini merupakan GP Belanda terakhir di Zandvoort buat masa ini kerana perlumbaan tersebut tidak akan berada dalam kalendar F1 selepas musim 2026.

Kedua, Zandvoort bakal menganjurkan Sprint Race buat kali pertama. Ini bermakna peminat akan menyaksikan dua perlumbaan sepanjang hujung minggu, iaitu Sprint pada Sabtu dan perlumbaan utama pada Ahad.

Perlumbaan minggu ini pastinya membuat ramai berteka-teki. Adakah McLaren bakal menjadi pencabar utama? Mampukah Lewis Hamilton merapatkan jurang 50 mata dengan pendahulu kedudukan, Kimi Antonelli? Atau adakah Max Verstappen mampu membuat kejutan di GP di laman sendiri yang terakhir ini?

Jika anda tidak mahu ketinggalan tentang perlumbaan kali ini, rujuk jadual GP Belanda seperti di bawah:

Jadual GP Belanda 2026 (Waktu Malaysia)

Jumaat (21 Ogos)

  • FP1 – 6:30 petang
  • Sprint Qualifying – 10:30 malam

Sabtu (22 Ogos)

  • Sprint Race – 6:00 petang
  • Qualifying – 10:00 malam

Ahad (23 Ogos)

  • Race Day – 9:00 malam

Ringkasan Litar Zandvoort

  • Perlumbaan pertama: 1952
  • Pusingan: 72
  • Panjang litar: 4.3 km
  • Rekod Litar: 1:11.097, Lewis Hamilton (2021)

Pemenang terdahulu:

  • 2025: Oscar Piastri
  • 2024: Lando Norris
  • 2023: Max Verstappen
  • 2022: Max Verstappen
  • 2021: Max Verstappen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related