Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

“Young Marvel’, Qabil Irfan Terima Hadiah Jentera Ohvale 190cc Dari FIM MiniGP World Series

BARCELONA, 16 Februari 2024 – Siri FIM MiniGP World Series telah mengumumkan hadiah untuk juara 2023, dengan kedua-dua Juara 160cc dan 190cc dijangka menerima motosikal baru dan undangan eksklusif untuk menyertai Final Siri Dunia FIM MiniGP 2024 dalam kelas 190cc.

Juara 160cc 2023, Qabil Irfan, dan Juara 190cc, Alvaro Lucas, kedua-duanya telah menunjukkan kemahiran yang luar biasa pada pusingan akhir 2023 dan membawa pulang trofi masing-masing. Kedua-dua Qabil dan Alvaro akan meneruskan musim MiniGP pada tahun 2024 – dan mereka akan memiliki jentera dan undangan penyertaan perlumbaan akhir untuk musim ini.

Setiap seorang akan diberikan jentera Ohvale 190cc, dan tanpa mengira posisi dalam kedudukan keseluruhan akhir pada akhir perlumbaan siri negara masing-masing, kedua-duanya akan kembali bersaing dalam Pusingan Akhir Siri Dunia FIM MiniGP 2024 dalam kelas 190cc melalui undangan eksklusif ini.


Pada November 2023, pelumba remaja negara, Qabil Irfan Azlan melakar sejarah baru sukan pemotoran negara dengan menjulang nama Malaysia di pentas sukan pemotoran antarabangsa apabila muncul juara keseluruhan kelas 160cc untuk siri kejuaraan FIM MiniGP Dunia, yang berlangsung di Valencia, Sepanyol menjelang saingan penutup kejuaraan MotoGP Dunia 2023 di sini hujung minggu ini.

Terpantas dalam sesi ujian masa dan kelayakan, Qabil Irfan, yang membuat penampilan kedua dalam World Finals, nyata tiada tandingan dengan memenangi ketiga-tiga perlumbaan yang telah diadakan untuk membuat kutipan sempurna 100 mata. Rakan senegara Ariel Marzuki, yang membuat penampilan sulong di Valencia, turut cemerlang untuk melayakkan diri ke saingan Perlumbaan Akhir dan menduduki tempat ke 14 keseluruhan dengan mengutip 11 mata.

Masih berumur 11 tahun, pelumba dari Kuala Terengganu itu memperagakan semangat jitu dan keyakinan tinggi mengatasi usianya untuk mencipta sejarah baru negara dengan membuka peluang kepada kibaran Jalur Gemilang di podium kemenangan dan lagu kebangsaan Negaraku berkumandang sebanyak tiga kali di Litar Ricardo Tormo. 

Selepas memenangi Perlumbaan 1, Qabil meneruskan momentum untuk mengulangi kejayaan pada Perlumbaan 2 untuk mengatasi 19 penunggang lain dengan penunggang Jepun, Kotaro Togashi menyusiri beliau di tempat kedua dan Ethan Sparks dari Britain di tempat ketiga. Airel menduduki tempat ke 12 untuk perlumbaan berkenaan.

Menawarkan mata berganda, Perlumbaan Superfinal menyerlahkan kehebatan Qabil, yang bermula cemerlang dari petak pertama untuk terus mendahului saingan 20 lap itu daripada awal hingga ke kibaran bendera kemenangan. Ariel bernasib malang kerana terjatuh; sekali gus gagal menamatkan perlumbaan Superfinal, yang menyaksikan Togashi di tempat kedua dan Enzo Zaragoza di tempat ketiga.

Ini memberikan Qabil tambahan 50 mata untuk meletakkan beliau di persada kejuaraan dengan 100 mata; Togashi di tempat kedua keseluruhan dengan 76 mata dan pelumba dari negara tuan rumah, Enzo Zaragoza di tempat ketiga dengan 65 mata.

Ikuti pelbagai lagi isu di tarmacsports.net
dan semua sosial media platform kami.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related