Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Yamaha sudah bersedia untuk saingan akhir MotoGP 2024

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dalam persiapan rapi bagi aksi penutup musim MotoGP 2024 dan mengharapkan dapat mempamerkan aksi cemerlang hujung minggu ini sambil turut membantu mengumpul dana buat Komuniti Valencia.

Kedua-dua pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartataro dan Alex Rins turut menyatakan beliau sudah bersedia bagi menghadapi persaingan terakhir musim ini di Solidarity Grand Prix of Barcelona yang akan diadakan di Litar Barcelona-Catalunya bermula esok.

“Melihat banjir di Valencia sangat mengerikan, dan kesannya amat dasyat. Di paddock sahaja, kami mengenali ramai orang yang tinggal di kawasan tersebut, dan kami juga berlumba di sana setiap tahun, jadi bencana ini terasa sangat dekat di hati.

“Sudah tentu, fikiran kami sentiasa bersama semua yang terkesan dalam beberapa minggu yang lalu, tetapi lebih baik lagi apabila kami kini diberi peluang untuk membantu secara terus melalui Solidarity GP ini. #RacingForValencia adalah inisiatif terbaik oleh MotoGP.

“Kami berhasrat untuk memberikan yang terbaik kepada para peminat, mengumpul dana untuk mereka yang terkesan oleh banjir, dan menutup musim 2024 dengan cara yang betul supaya semua peminat MotoGP dapat rasai penutup musim yang sempurna sebelum kami mulakan ujian 2025 di Barcelona pada hari Selasa nanti,” kata Fabio Quartararo.

Sumber : Yamahamotogp

Quartararo yang menunjukkan prestasi memberangsangkan di Malaysia dua minggu lalu mempamerkan semangatnya dengan meletakkan hasrat untuk memberikan yang terbaik pada GP terakhir 2024. Pelumba Perancis tersebut kini menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan kejuaraan dan berharap untuk memberikan persembahan yang baik di Barcelona demi menghiburkan para peminat.

Dalam pada itu, rakan sepasukannya, Alex Rins pula menyatakan mahu menggunakan GP terakhir ini dengan mencuba pelbagai tetapan. Beliau merancang untuk menguji hasil penemuannya dan berharap dapat meraih keputusan yang cemerlang di litar kegemaran dan menamatkan musim ini dengan cemerlang.

“Saya sudah bersedia untuk GP terakhir musim ini, yang pastinya ianya sangat istimewa. Kami akan berlumba di litar kampung halaman kami dengan Valencia di hati. Paddock MotoGP adalah sebuah komuniti yang erat, dengan ramai di antara kami yang berasal dari kawasan itu.

“Sebagai satu paddock, wajar bagi kami untuk memainkan peranan dan cuba meringankan sedikit beban melalui perlumbaan dan solidariti. Bagi kami, musim 2024 adalah seperti rollercoaster, tetapi kami ingin menamatkannya dengan cara yang terbaik di Montmeló, dan pada hari Selasa kami akan mula bekerja semula untuk musim 2025,” katanya menerusi satu kenyataan.

Solidarity Grand Prix of Barcelona akan disusuli dengan sesi ujian rasmi MotoGP di litar Montmeló pada 19 November ini, yang juga merupakan peluang pertama bagi pasukan dan pelumba untuk mencuba tetapan tahun 2025 mereka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related