Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Yamaha sahut cabaran MotoGP 2025 , perkasa barisan pelumba

Pasukan Yamaha sedang dalam persiapan rapi menjelang musim baru dengan barisan pelumba dan strategi yang bertujuan untuk kembali mendominasi kejuaraan dunia MotoGP.

Meskipun musim 2024 bukanlah yang terbaik untuk pasukan Jepun itu, namun dengan beberapa perpindahan dan barisan pelumba yang sedia ada dijangka bakal mencipta kejutan dalam musim MotoGP tahun ini.

Juara Dunia 2021, Fabio Quatararo yang kekal menjadi tonggak utama Yamaha selepas melanjutkan kontrak sehingga tahun 2026 jelas bertekad untuk kembali ke prestasi terbaiknya selepas beliau menunjukkan peningkatan pada penghujung musim Motogp 2024 yang jelas penuh dengan cabaran.

Pada sesi ujian menjelang musim 2025 selepas perlumbaan akhir di Barcelona, Quartararo tampil dengan prestasi yang mengagumkan apabila menamatkan ujian di tempat kedua, di belakang Alex Marquez. Kehadiran Alex Rins, yang berpindah dari Honda ke Yamaha hingga 2026, turut dijangka menjadi aset berharga bagi pasukan.

Rins diharapkan dapat membantu Quartararo dalam meningkatkan prestasi pasukan dan mempercepatkan proses pembangunan motosikal YZR-M1, dalam masa yang sama membawa harapan besar kepada Yamaha untuk kembali bersaing di puncak.

Source : Yamaha Racing

.Tidak dilupakan juga, kehadiran Augusto Fernández sebagai pelumba ujian rasmi Yamaha untuk musim 2025 turut mencuri tumpuan. Fernández, yang memenangi gelaran dunia Moto2 pada tahun 2022, kini bakal memainkan peranan penting dalam pembangunan motosikal Yamaha dengan menyertai sesi ujian rasmi dan beberapa acara wildcard.

Pengalaman luasnya dalam Moto2 dan MotoGP memberikan keyakinan kepada Yamaha bahawa dia akan menjadi antara harapan dalam usaha mereka meningkatkan prestasi jenama pengeluar motosikal itu.

Fernández juga dipercayai akan bekerja rapat dengan pasukan kejuruteraan Yamaha untuk meningkatkan prestasi motosikal, sambil memberikan maklum balas yang membina untuk membentuk masa depan pasukan.

Selain itu, Cal Crutchlow yang telah lama terlibat dalam tugas ujian dilaporkan akan terus kekal membantu pasukan Yamaha dalam memastikan setiap aspek motosikal YZR-M1 diperbaiki.

Pada tahun 2025, Yamaha juga dijangka meluaskan barisan pelumbanya dengan penambahan pelumba satelit Miguel Oliveira dan Jack Miller ke dalam pasukan Pramac Racing. Ini menunjukkan bahawa Yamaha sedang berusaha memperkukuhkan kedudukan mereka dalam dunia MotoGP yang semakin kompetitif.

Dengan lineup pelumba yang berpengalaman dan sokongan daripada pelumba ujian seperti Fernández, Yamaha optimis untuk menghadapi cabaran musim 2025 dan kembali ke prestasi terbaik dalam perlumbaan pertama MotoGP yang dijadualkan berlangsung 28 Februari sehingga 2 Mac di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related