Pihak MotoGP umum kontrak penganjuran baru di TT Circuit Assen bermula 2027 sehingga 2031. Ini susulan kontrak antara MotoGP dan TT Circuit Assen bakal berakhir pada 2026. Untuk makluman, MotoGP meletakkan syarat biasa dengan kontrak 5 tahun bagi mana-mana litar yang mahu menganjurkan perlumbaan dunia MotoGP.
TT Circuit Assen antara litar yang unik kerana miliki 18 selekoh (12 kanan, 6 kiri) dan pada suatu ketika memiliki panjang lebih dari 7 kilometer. Namun setelah beberapa kali dinaik taraf, panjang litar ini kekal pada panjang 4.542km. Kini TT Circuit Assen antara litar yang lama dalam kalendar MotoGP sejak 1949.