Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Trackhouse Kekalkan Raúl Fernández Sehingga 2026

Trackhouse Racing yang merupakan satu-satunya pasukan dari Amerika Syarikat yang sertai Kejohanan Dunia MotoGP bermula 2024 telah umumkan mereka akan mengekalkan Raúl Fernández untuk dua musim lagi.

23 Julai, 2024 – Sejak awal projek Trackhouse Racing memasuki Kejohanan Dunia MotoGP, pada November 2023, Raul Fernandez telah berada dalam visi untuk membentuk pasukan Amerika yang baharu, dinamik dan berdaya saing di persada perlumbaan motosikal dunia. 

Raul yang masih muda dan pada ketika ini baru berusia 23 tahun disifatkan selari dalam membentuk pasukan yang mantap. Beliau mampu mengandalikan jentera Trackhouse Aprilia RS-GP23 sekali pun jentera Trackhouse Aprilia masih perlukan sentuhan ajaib.

Trackhouse melalui pemilik pasukan, Justin Marks mereka cukup jelas dengan pendekatan menampilkan bakat muda seperti yang pernah mereka lakukan dalam NASCAR. Selepas hanya 3 tahun, Trackhouse telah mencapai 7 kemenangan dan dalam MotoGP, perkara ini juga dilihat mampu diraih mengikut formula yang hampir sama. Trackhouse MotoGP sehingga Jerman GP berjaya meraih kelayakkan barisan hadapan dan podium dalam perlumbaan Sprint.

Raul merupakan bakat muda yang menonjol dalam Kejohanan Dunia MotoGP, beliau menyertai kelas perdana pada 2022, setelah berada di tempat ke-2 dalam kejuaraan Moto2. Dengan kemasukkan Prinsipal pasukan Davide Brivio, beliau mampu lebih menyerlah untuk musim akan datang dimana Davide berjaya menonjol pelumba dunia Valentino Rossi dan Joan Mir.

Trackhouse telah memilih untuk terus bekerja dengan Raul, bertujuan untuk membantunya mengembangkan kerjayanya dan prestasi pasukan untuk masa depan. Setelah menunjukkan keyakinannya pada spesifikasi Aprilia 2023, Raul akan menggunakan spesifikasi terkini RS-GP24 pada pusingan seterusnya di Silverstone dalam Grand Prix British. Kem Trackhouse teruja dengan perkembangan Raul dan terus mencapai visi pasukan.

Raul Fernandez, MotoGP race, Dutch MotoGP, 30 June 2024

“Saya gembira mendengar rancangan mereka untuk masa depan kerana mereka mempunyai idea yang jelas tentang apa yang mereka mahu lakukan dan bagi saya, sejak awal tahun, adalah keutamaan saya untuk cuba kekal dalam pasukan. 

Dengan pengumuman ini akhirnya, saya dapat berada di sini untuk dua tahun akan datang dan saya sangat berpuas hati tetapi, sudah tentu, ini juga bermakna kita mempunyai banyak tugas yang perlu dilakukan.

Raul juga mempercayai dua watak utama dalam pasukan iaitu Justin dan Davide.

“Dia (Justin) baru dalam MotoGP tetapi bersedia untuk membawa sesuatu yang berbeza di sini untuk pasaran Amerika dan saya harap kita boleh membuat perubahan – cuba menjadikan MotoGP berkembang di sana. Selain itu, dengan Davide saya sangat gembira. Dia memenangi lima kejuaraan dalam MotoGP setakat ini dan saya rasa dia orang yang tepat untuk membantu saya memenuhi impian saya. Saya sangat percaya dengan dia dan kebolehannya untuk mencipta pasukan yang hebat, saya sangat teruja. “

Davide Brivio – Principal Pasukan: “Kami gembira dapat kekalkan Raul dalam barisan pelumba kami untuk dua tahun akan datang. Setelah melihat persembahannya dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kami patut menghargai bakatnya dan saya merasakan bahawa dia telah mengubah pendekatannya terhadap perlumbaan dan dia bersedia untuk tampil melakukan usaha untuk memperbaiki, menyelesaikan masalah dan sentiasa dengan pendekatan yang positif. Ini adalah sesuatu yang kami hargai dan ia akan menjadi sangat penting untuk diteruskan untuk masa depan kami.”

Justin Marks – Pemilik Pasukan: “Saya sangat gembira kerana Raul terus bersama Trackhouse untuk musim hadapan – dia telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang diperlukan untuk cemerlang di peringkat Kejohanan Dunia MotoGP. Kami adalah organisasi baharu dan belajar setiap hari jadi mempunyai pelumba muda dan dahagakan kemenangan seperti Raul akan sangat bermanfaat apabila kami terus bekerjasama dengan Aprilia membina pasukan. Raul mempunyai kepantasan dan bakat yang luar biasa dan kita semua tahu bahawa, apabila pengalamannya berkembang, dia akan semakin hampir ke tangga teratas podium.”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related