TKKR Dedah Miliki 3 Enjin ASB1000 Namun Malang 2 Enjin Marcus Rosak

Sabtu 16 Mac, Buriram –

Benar, mencapai kemenangan tidak mudah. Untuk rekod TKKR BMW Racing Team muncul juara keseluruhan pada 2019 (Azlan Shah) dan 2023 (Marcus) dalam kategori ASB1000 dalam FIM Asia Road Racing Championship (ARRC). Namun melalui detik-detik pahit sebelum manis tidak mudah.

Dalam satu perkongsian di Facebook mengenai perjalanan sebelum perlumbaan pertama musim 2024, TKKR Racing Team dedahkan pasukan ini sebelumnya memutuskan untuk tidak bertanding di ARRC 2024 kerana penglibatan syarikat telekomunikasi OneXOX dalam sukan bolasepak Perak FC.

Keputusan untuk hadir sertai ARRC dibuat saat akhir sebelum panggilan akhir logistik kontena jentera dan bahagian motosikal bertolak ke Thailand.

Pra perlumbaan pasukan TKKR BMW Racing Team di Buriram, Thailand

Mengenai tajaan pasukan telah pun bekerja keras untuk mendapatkan tajaan sejak tahun lepas (2023) namun pada saat akhir, entiti sebuah syarikat minyak tempatan yang tidak didedahkan memutuskan pihak mereka hanya bersetuju untuk menaja pasukan jika bersetuju untuk menjual produk mereka dengan jumlah yang melebihi jumlah tajaan.

TKKR berpendapat persefahaman yang diletakkan tidak masuk akal kerana usaha sebelum ini mengambil masa lapan bulan dalam mendekati dan membuat presentasi kepada syarikat minyak tersebut. Umum mengetahui sukan permotoran antara lain bergerak melalui pengiklanan dan jika masa dan tenaga dibahagikan kepada perniagaan, ia memerlukan melibatkan kos yang lain.

TKKR akur dengan keputusan syarikat tersebut dan tidak menyalahkan mereka namun mereka berada dalam keadaan masa yang cukup suntuk menghadapi persediaan ke pusingan pertama 2024 ARRC.

Turut didedahkan kepad umum, kesemua kelengkapan pusingan pertama ARRC adalah dari perlumbaan tahun 2023 dimana mereka bergelar juara keseluruhan bagi ASB1000 dan juara pasukan keseluruhan untuk kategori Underbone (UB) 150cc.

Pasukan ini memiliki tiga enjin untuk ASB1000 namun malangnya dua enjin rosak semasa ujian pra-musim. TKKR berterima kasih kepada Savitar Asia Racing dengan bantuan yang diberikan untuk meminjamkan sebuah enjin dari pasukan mereka dan Marcus menggunakan enjin tersebut.

Namun enjin untuk Azlan Shah hanya ada satu dan disebabkan itu masa pusingan kelayakkan sebelah pagi hari Sabtu pasukan merasakan lebih selamat jika tidak membuat setup untuk ujian masa kerana catatan masa Azlan cukup konsisten sepanjang minggu. Untuk Marcus pasukan memerlukan lebih sedikit masa persediaan untuk penalaan optimum dan mereka tiada kelengkapan untuk penalaan tersebut.

TKKR juga memaklumkan untuk tidak menyertai perlumbaan di Zhuhai pada bulan April dan di Motegi, Jepun pada bulan Jun disebabkan kos untuk dua litar ini agak tinggi dan masa sangat singkat untuk mencari dana bagi menampung kos perlumbaan.

Turut diceritakan, kejayaan Perlumbaan 1 adalah disebabkan semangat kekeluargaan yang kuat didalam pasukan serta usaha menjual jentera perlumbaan, bantuan dari individu. Sebelum ini TKKR pernah membawa beberapa pelumba negara seperti Kasma Daniel, Ramdan Rosli, Nazirul Izzat dan Azlan Shah ke pentas Eropah dengan dana sendiri.

TKKR juga menyatakan usaha selama ini tidak pernah mendapat pengiktirafan dari badan sukan permotoran MAM mahupun dari KBS. Kemenangan Azlan Shah antara bukti kenapa pengurusan yang betul boleh mencipta kejayaan. TKKR sebelum ini bergantung pada sumber kewangan syarikat telekomunikasi mereka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related