Perlumbaan pusingan akhir MotoGP di Litar de Barcelona-Catalunya yang menyaksikan Pelumba Prima Pramac, Jorge Martin, menjuarai Juara Dunia MotoGP pada Ahad bertukar menjadi hari yang tidak diharapkan buat pelumba Ducati Lenovo, Enea Bastianini yang kecewa dengan aksi yang dipamerkan Aleix Espargaro (Aprilia Racing) ketika perlumbaan.
Pelumba Itali itu mendakwa Aleix lebih mementingkan hubungan persahabatannya bersama Martin berbanding bersikap profesional di atas litar setelah menamatkan perlumbaannya di tempat ke-7 dalam saingan pusingan akhir MotoGP itu.
“Saya tidak gembira dengan apa yang Aleix lakukan. Bagi saya, apa yang dia lakukan itu tidak patut. Beliau bukannya rakan sepasukan Martin. Jika tiada penekanan dari Aleix, mungkin saya mampu lakukan lebih dari itu untuk diri saya sendiri.
“Sudah tentu dia lakukan semua itu untuk Martin! Mereka rakan karib tetapi apa yang dia lakukan itu tidak sepatutnya terjadi. Saya memang tidak gembira dengan apa yang dilakukan Aleix itu. Itu adalah perlumbaan terakhir saya bersama Ducati dan perlumbaan itu tidak seperti apa yang saya harapkan.
Namun, Espargaro tidak tergugat dengan dakwaan itu dan menepis segala tomahan dengan menyindir Bastianini.
“Saya nak katakan kepada Enea, saya sebenarnya menunggu dia untuk bertarung di podium, tapi dia tidak muncul- muncul,”katanya.
Bagaimanapun, pelumba berusia 35 tahun itu mengakui gembira dapat membantu rakan karibnya memenangi trofi Juara Dunia itu.
Terdahulu, Espargaro menamatkan perlumbaan akhirnya itu ditempat ke-5 manakala Bastianini yang menghabiskan perlumbaan di tempat ke-7 terpaksa akur apabila terlepas peluang menamatkan kedudukan keseluruhan di tempat ke-3dalam kejuaraan dunia setelah tewas kepada pelumba Gresini Racing MotoGP, Marc Marquez dengan beza hanya 6 mata dibelakang Marc. Enea Bastianini menamatkan musim dengan 386 mata.
Ini merupakan penampilan terakhir Bastianini bersama pasukan Ducati Lenovo yang dilaporkan akan menyertai pasukan Tech3 KTM pada musim depan