Tiada pengganti Marc Marquez di GP Catalunya

Pasukan Ducati Lenovo mengesahkan bahawa juara dunia bertahan, Marc Marquez, tidak akan digantikan pada perlumbaan Monster Energy Grand Prix of Catalunya hujung minggu ini susulan kecederaan yang dialaminya di GP Perancis.

Kenyataan tersebut disahkan menerusi kiriman rasmi di laman media sosial mereka, X sekitar 8 malam hari ini.

Sebelum ini, Marquez mengalami kemalangan ketika perlumbaan Tissot Sprint di Le Mans sebelum menjalani pembedahan berjaya pada bahagian kaki kanan dan bahu di Madrid pada Ahad.

Disebabkan tempoh pemulihan yang singkat antara perlumbaan di Le Mans dan Barcelona, Ducati memutuskan untuk tidak menurunkan pelumba pengganti buat juara dunia tujuh kali itu.

Ini bermakna Francesco Bagnaia akan menjadi satu-satunya pelumba yang membawa warna rasmi pasukan Ducati Lenovo di Circuit de Barcelona-Catalunya sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Marquez kini telah memulakan proses pemulihannya, namun Ducati masih belum mengesahkan waktu mahupun tarikh tetap buat pelumba Sepanyol itu akan kembali semula beraksi di saingan MotoGP.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related