The Little Samurai Terpantas Aksi Hari Pertama Sepang Shakedown

Dani Pedrosa ketuai catatan masa hari pertama Sepang Shakedown 2024. Catatan terbaik hari pertama direkod 1:59.233 oleh The Little Samurai dengan keselurhan 42 laps yang dibuat oleh beliau.

Antara yang turut mengambil bahagian adalah pelumba Red Bull GASGAS Tech3, Pedro Acosta, Pol Espargaro bersama jentera Red Bull KTM Factory Racing. Ketiga-tiga kem KTM/GASGAS menguji dua jentera dihari pertama.

Bagi pasukan HRC, hanya Stefan Bradl keluar mewakili HRC Test Team dengan dua jentera berbeza dengan 57 laps keseluruhan.

Pasukan Ducati Lenovo Team MotoGP diwaliki oleh Michele Pirro dengan lengakp 56 laps. Manakala Yamaha Factory Racing tidak ketinggalan untuk menguji 3 jentera berbeza dengan keseluruhan 48 laps. Namun Lorenzo Savadori dari Aprilia Racing terpaksa bekerja keras apabila keluar dengan 5 jentera berbeza pada hari pertama.

Gambar: KTM Press

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related