Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Tamat perlumbaan awal di Sprint, Pedro Acosta sasar kedudukan terbaik dalam aksi akhir MotoGP

Gagal meraih podium, Pelumba Red Bull GasGas Tech3 Pedro Acosta terpaksa akur apabila terpaksa keluar daripada perlumbaan selepas mengalami kerosakan jenteranya dalam aksi Sprint di Grand Prix Barcelona semalam.

Bermula di barisan kedua di Litar de Barcelona-Catalunya selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang sesi kelayakan dan mendapat tempat ke-6 bagi perlumbaan Sprint, pelumba muda itu berdepan cabaran besar apabila terpaksa bersara awal selepas jenteranya terlibat dalam perlanggaran bersama Marc Marquez.

“Tidak banyak yang boleh diperkatakan, tetapi situasi ini sukar difahami kerana saya berada di hadapan! Perlumbaan memang begini. Mungkin terlalu awal dalam perlumbaan untuk melakukan pergerakan seperti itu kerana saya sudah berada di selekoh. Rentak saya agak baik hari ini dan kami harus berpuas hati dengan itu, tetapi esok mesti lebih baik untuk kami,” katanya.

Awal perlumbaan, Acosta turut memberikan saingan apabila bersaing rapat bersama pelumba-pelumba teratas sebelum mengalami pelanggaran di selekoh ketiga apabila laluannya terhalang yang mengakibatkan pelanggaran bersama Marc Marquez yang menyebabkan fairing hadapan jenteranya rosak – memaksanya masuk ke pitlane.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Pedro berkata,

”Dia (Marc) masuk (ke selekoh) seperti tiada siapa-siapa berada di situ. Saya tidak cakap itu adalah salah dia atau bukan. Tetapi itu adalah selekoh ketiga, di pusingan pertama. Tidak perlu untuk masuk sebegitu. Tetapi, ianya sudahpun berlaku. Perlumbaan adalah tetap perlumbaan.”

Marc Marquez menggangap insiden tersebut adalah insiden perlumbaan, ketika disoal mengenai perlanggaran tersebut.

Dalam pada itu, rakan sepasukannya Augusto Fernandez turut menunjukkan prestasi cemerlang pada permulaan perlumbaan sebelum bergelut dengan cengkaman dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-20.

“Ini adalah hujung minggu yang sukar. Saya kekurangan rasa dan maklum balas di litar, dan kami sedang bergelut untuk memahami puncanya. Esok, kami akan membuat perubahan untuk memperbaiki perlumbaan dan cuba untuk meraih sesuatu. Kami juga mahu menikmati perlumbaan terakhir musim ini,” ungkap Fernandez.

Pasukan Red Bull GASGAS Tech3 akan meneruskan saingan mereka di perlumbaan pusingan akhir MotoGP malam ini dengan sasaran buat Pedro Acosta mengekalkan kedudukan ke-5 dalam kedudukan kejuaraan dunia. Manakala, Augusto Fernandez mempunyai hasrat untuk memperbaiki perlumbaan dan menutup musim dengan prestasi terbaik.

Berikut merupakan Keputusan MotoGP Sprint Grand Prix Solidariti Barcelona;

  1. Francesco Bagnaia (ITA) – Ducati – 20:03.173
  2. Enea Bastianini (ITA) – Ducati – +0.942
  3. Jorge Martin (ESP) – Ducati – +1.270
  4. Alex Espargaro (ESP) – Aprilia – +1.857
  5. Alex Marquez (ESP)– Ducati– +1.942
    20.Augusto Fernandez (ESP) – Red Bull GASGAS Tech3 – +20.153
    DNF. Pedro Acosta (ESP) – Red Bull GASGAS Tech3

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related