Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

‘Tersilap percaturan, punca prestasi KTM merudum musim ini’ – Francesco Guidotti

Kesilapan pada pertengahan musim perlumbaan MotoGP merupakan punca utama pasukan KTM gagal menandingi kehebatan Ducati meskipun bermula dengan aksi cemerlang pada awal tahun 2024.

Pasukan KTM yang diletakkan sebagai pencabar utama pasukan Ducati pada awal musim gagal membuktikan kehebatan mereka apabila tidak merangkul sebarang kemenangan sepanjang tahun ini.

“Kami memulakan musim dengan baik dengan beberapa podium daripada pelumba berbeza. Ekspektasi sangat tinggi kerana kami bermula dengan sasaran besar yang diletakkan. Prestasi kami juga agak baik sehingga pertengahan musim.

“Dari pertengahan musim, kami dapat lihat kami mula bergelut sedikit. Kami melakukan kesilapan ketika membuat perubahan dan ianya membolehkan pesaing utama kami membaca dan memperbaiki kesilapan mereka yang turut menyebabkan jurang kami amat besar sekaligus menghentikan perkembangan kami di pertengahan musim.

“Ianya juga merupakan punca utama kami kehilangan peluang untuk mengekalkan kedudukan kami di tempat teratas selepas acapkali gagal memperbaiki kesilapan. Namun, usaha dari pasukan termasuk pelumba-pelumba kami yang tidak berputus asa membolehkan kami untuk kekal dalam persaingan.

“Secara keseluruhan, saya merasakan prestasi kami tidak begitu teruk. Namun, keputusan itu bukan yang kami mahukan. Tetapi inilah yang kami mampu capai buat masa ini. Kami kehilangan terlalu banyak peluang pada awal tahun, dan kemudian secara perlahan-lahan kehilangan rentak dalam permainan,” kata pengurus pasukan KTM, Francesco Guidotti yang dilaporkan bakal meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi.

Guidotti yang dimaklumkan bakal melepaskan jawatannya hujung tahun ini selaku pengurus pasukan KTM dan akan digantikan oleh Aki Ajo pada musim 2025, turut berhasrat dengan perubahan yang bakal berlaku dengan pimpinan orang baharu beliau percaya KTM dapat mempamerkan aksi cemerlang musim depan.

Sebagai rekod, ketika pasukan KTM di bawah naungan Guidotti, beliau berjaya meletakkan pelumbanya Brad Binder dan Pedro Acosta dalam senarai kelompok pelumba terbaik MotoGP yang bukan berasal dari mesin dan jentera pasukan Ducati apabila masing-masing menempatkan diri di tangga ke-5 dan ke-6.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related