Radar MotoGP kini tertumpu pada pengambilalihan hak penganjuran dan eksklusif MotoGP termasuk hak penerbitan, hak pengiklanan dan penganjuran dari Dorna Sports (Dorna) oleh Liberty Media Corporation (Liberty Media). Namun ramai melihat dan tertumpu pada CEO Formula 1 (F1) iaitu Stefano Domenicali yang sejak kebelakangan ini kerap muncul di beberapa perlumbaan MotoGP tetapi Greg Maffei antara individu paling penting dalam cerita ini.
Bagi yang mengikuti lama dunia MotoGP pasti terbiasa dengan perkataan Dorna. Dorna Sports yang berpangkalan di Madrid Sepanyol telah diasaskan pada 1988 dan menjadi penganjur sukan permotoran FIM World Championship Grand Prix (MotoGP) pada 1991 dan memegang hak eksklusif dari segi komersial, dan penerbitan televisen semenjak itu.
Kini Dorna memiliki hak ke atas MOTUL FIM Superbike World Championship (WorldSBK), Finetwork FIM JuniorGP™, Idemitsu Asia Talent Cup, R&G British Talent Cup, the Northern Talent Cup dan paling terbaru adalah FIM MiniGP World Series. Ini merupakan platform pelumba muda sebelum memasuki perlumbaan elit dalam kategori dalam MotoGP. Selain itu Dorna juga merupakan penganjur bersama untuk Red Bull MotoGP Rookies Cup sejak 2007 dan pada 2019 adalah Enel MotoE World Championship.
Selain memfokuskan pada sukan permotoran, Dorna juga memiliki perniagaan pengiklanan yang dikenali sebagai Ad-Time yang menyediakan sistem papan LED dalam sukan lain sperti bolasepak, bola jaring, besbol dan bola keranjang. Dorna umumnya dibiayai oleh pemegang saham iaitu Bridgepoint Capital sebanyak 39%, The Canadian Pension Plan Investment Board (CPPIB) dengan 38% dan persendirian sebanyak 23%.
Mengikut laporan yang diterbitan pada 2022, MotoGP disiarkan lebih 200 negara dengan jumlah keseluruhan pada tahun itu adalah 22,301 jam. 63% daripada profil digital MotoGP adalah lingkungan 18 hingg 34 tahun dan 33% adalah 35 tahun hingga 54 tahun. MotoGP juga merekodkan 17 juta pengguna laman rasmi MotoGP.com termasuk aplikasi mereka.
Pengguna yang mengikuti MotoGP di platform sosial media rasmi juga meningkat kepada 33% berbanding 2021 dengan jumlah 42.5 juta. Mengikut pecahan, 17.9 juta pengikut di Facebook (meningkat 4.4%, 13.6 juta di Instagram (meningkat sebanyak 14.4%), 5.28 juta di Youtube juga (mengikat sebanyak 16%), di Twitter 3.16 juta (meningkat 8.2%) dan di TikTok pengikut sebanyak 2.1 juta (78.5%). Manakala sebanyak 2.5 juta penonton yang hadir mengikuti perlumbaan MotoGP di tahun 2022.
Ini memberi gambaran positif kenapa nilai MotoGP diletakkan pada kadar 4 Billion Euro. Liberty Media Corp yang terletak di Colorado, Amerika Syarikat memiliki nilai jumlah kekayaan sekurang-kurangnya 20 Billion USD dan memiliki 3 stok market terutama dalam industri hiburan dan sukan. Antara syarikat yang dipegang oleh Liberty Media dan paling terkenal adalah Formula One Group (menganjur dan mempromosi F1) dan Atlanta Bravers (sebuah pasukan baseball yang bertanding dalam MLB).
Liberty Media diasaskan oleh John Carl Malone yang mempunyai pengaruh kuat dalam perniagaan telekomunikasi dan media dunia dan Amerika khususnya. John kini pengerusi Liberty Media dan Greg Maffei menggalas tugas utama selaku Presiden dan CEO Liberty Media. Greg juga pernah menjadi Ketua Pegawai Kewangan Oracle dan Microsoft.
Sekali pun Greg Maffei tidak pernah dilihat secara umum di mana-mana acara MotoGP, kehadiran Stefano cukup untuk memberi mesej jelas komunikasi berlaku lebih lama dari yang pernah dilaporkan ekoran desas-desus pemegang saham terbanyak dalam Dorna Sports iaitu Bridgepoint Capital bersedia menjual syarikat.
Apa kesan pengambilalihan ini?
Pastinya ia akan bawa perubahan lebih baik dengan pengalaman pemain utama termasuk CEO F1, Stefano, FIM dan CEO Liberty Media sendiri. Dengan pengaruh media yang besar MotoGP dokumentari berkemungkinan besar turut akan disiarkan di platform berbayar Netflix seperti ‘Drive to Survive’ yang sebelum ini hanya disiarkan di Prive Video, Amazon yang dipanggil MotoGP Unlimited.
Dengan nilai dan pengaruh yang dalam dalam industri sedia ada, Liberty Media Corp merupakan sebuah syarikat gergasi yang mampu memberi tambah nilai yang jauh lebih hebat terhadap MotoGP. Jadi sukan permotoran ini sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain terutamanya bukan sahaja bagaimana sukan itu diadakan tetapi aspek promosi yang beri kesan langsung pada pengikut dan penonton.