Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Sesi ujian yang positif, Fabio Quartararo mencatat masa ke-2 terpantas

Sesi ujian rasmi pra-musim pertama semalam bersama muka dan jentera baru mencuba pelbagai tetapan dalam aksi yang berlangsung di Litar de Barcelona-Catalunya, semalam.

Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez dalam sesi ujian pertama bersama jentera barunya itu berjaya mengukuhkan kedudukan dengan mengunguli catatan masa MotoGP.

Prestasi Yamaha tampil positif di ujian pertama apabila Fabio Quartararo berjaya menamatkan sesi ujian latihan dengan catatan masa 1:39.199 saat di belakang pendahulu, Alex Marquez dan menduduki tempat ke-2.

“Ini hanya sesi ujian, tetapi saya terlupa” katanya ketika melihat namanya di kedudukan kelompok teratas.

“Rasanya amat berbeza apabila melihat nama saya di atas. Walaupun ianya hanya sesi ujian namun saya masih gembira untuk menamatkan sesi tersebut dengan membawa perasaan yang baik.

Source: Yamaha MotoGP

“Meskipun kami masih jauh ketinggalan dari pelumba-pelumba yang berada di kedudukan teratas, tetapi sekurang-kurangnya hari ini saya dapat mempamerkan aksi cemerlang dengan melakukan beberapa pusingan yang baik.”

Manakala, rakan sepasukannya Álex Rins di tempat ke-8 dalam keputusan keseluruhan bagi Ujian Rasmi pra-musim MotoGP Barcelona.

Sesi ujian itu turut menandakan sesi pertama Yamaha dengan mempunyai empat pelumba MotoGP di litar semenjak tahun 2022 bersama pasukan RNF Racing. Pasukan Satelit Pramac kini menggunakan jentera Yamaha dengan Jack Miller dan Miguel Oliveira melengkapi barisan pelumba untuk musim hadapan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related