Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Sesi ujian rasmi Grand Prix musim 2025 bermula 28 April

Jadual sesi ujian rasmi sepanjang musim 2025 telah dimasukkan dalam kalendar selepas disahkan oleh pihak MotoGP pada Rabu lalu.

Mengikut jadual rasmi, terdapat tiga hari untuk sesi ujian pada musim depan yang bermula sekitar 28 April yang bermula di Jerez dan diikuti Aragon, Sepanyol pada 9 Jun dan ujian terakhir di Misano, Itali pada 15 September. Pelumba akan kembali ke trek selama tiga hari pada hari Isnin 2025 bagi sesi ujian rasmi tersebut.

Sebelum sesi ujian, ujian pra-musim yang telah disahkan bakal dimulakan dengan aksi ujian Shakedown bermula 31 Januari hingga 2 Februari sebelum sesi ujian Sepang yang telah dijadualkan sejurus selepas Shakedown, pada 5 februari hingga 7 Februari dan akan dilanjutkan di Buriram pada 12 hingga 13 februari.

Bagi Moto2 dan Moto3, lokasi bagi dua ujian pra-musim ‘persendirian’ pertama akan berlangsung di Litar Antarabangsa Autodromo do Algarve. Ujian Moto 3 dijadualkan pada 10 dan 11 Februari, manakala ujian Moto2 pada 12 dan 13 Februari.

Ujian rasmi di Jerez pula, dengan trek yang berkongsi bagi sesi Moto2 dan Moto3, akan berlangsung dari 18 hingga 20 Februari 2025.

Tarikh ujian sepanjang musim untuk kategori lightweight dan intermediate juga telah disahkan seperti berikut :

  • Ujian Moto3™ Le Mans: 12 Mei
  • Ujian Moto2™ Le Mans: 13 Mei
  • Ujian Moto2™ Brno: 21 Julai
  • Ujian Moto3™ Brno: 22 Julai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related