Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Sesi latihan 2 yang penuh drama bukan penghalang buat Gonzalez

Pelumba Gresini Moto2, Manuel González catat masa terpantas dalam sesi latihan kedua yang penuh dramatik di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC), pada Jumaat.

Pelbagai kemalangan dan kecederaan yang berlaku sepanjang latihan Moto2 ini berlangsung yang menyaksikan Pelumba CFMOTO RCB Aspar, Jake Dixon dan Pelumba Yamaha VR46 Master Camp Ayumu Sasaki terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.

Dixon yang pada mulanya berjaya mencatat masa terpantas di awal sesi dengan catatan masa 2:06.040 saat dan berjaya mengekalkan posisinya selama beberapa minit meskipun bersaing rapat dengan Pelumba Redbull KTM, Deniz Oncu dan diiekori oleh Pelumba OnlyFans American Racing, Jorge Navarro di posisi ketiga.

22 minit di dalam sesi latihan, Dixon terpaksa melepaskan kedudukannya selepas mengalami kemalangan teruk yang mengakibatkan kecederaan di bahagian lutut dan buku lali kanannya.

Berdepan nasib yang sama, Sasaki turut mengalami kemalangan di High Side di T2 yang memaksa bendera merah untuk dikibarkan dan sesi dihentikan buat beberapa minit.

Dennis Foggia (Italtrans Racing Team) dan Alex Escrig (Klint Forward Factory) turut mengalami kemalangan yang sama di selekoh 1 namun tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku.

Sesi latihan kemudian diteruskan dengan baki sekitar sembilan minit dengan pecutan terakhir dibuat oleh Manuel González bagi mendahului carta dengan catatan masa 2:05.898s, manakala Filip Salac (Elf Marc VDS Racing) cuba untuk mengelak daripada melakukan kesilapan dan berada di tempat kedua dengan 2:05.909s.

Manakala, tempat ketiga diduduki Denis Oncu dengan catatan masa 2:05.944 saat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related