Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Sepang 1000KM Cipta Rekod Permulaan Grid Dengan 90 Buah Kereta

Sepang 1000KM 2024 (S1K) yang sangat dinantikan akan berlangsung dari 21 hingga 23 November 2024 bakal menutup kalendar acara tahun ini. Dipromosi dan dianjurkan oleh PETRONAS Sepang International Circuit (PETRONAS SIC), perlumbaan ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), dengan pengesahan daripada Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dan Hankook sebagai Penaja Tayar Rasmi yang baru untuk S1K.

Tahun ini, S1K akan menampilkan grid yang memecah rekod, dengan kapasiti kepada maksimum 90 buah kereta, menjadikannya acara terbesar dalam sejarah acara ini. Perlumbaan ini akan menampilkan pasukan dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Australia, Jepun, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Belanda, Singapura, Macau, Vietnam, Hong Kong dan Chinese Taipei, yang bersaing dalam kategori termasuk Malaysian Touring Car, S Production G, S Production V dan Vios Enduro.

Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS SIC berkongsi keterujaannya,

Kami teruja untuk menyambut penyertaan pertama dari Belanda di S1K. Ini adalah bukti kepada peningkatan pengiktirafan perlumbaan ini dan reputasi litar sebagai destinasi permotoran global. Dengan pesaing dari seluruh pelusuk dunia, S1K menjanjikan untuk menyampaikan satu lagi bab menarik dalam sejarah acara ini. Saya amat teruja untuk melihat sama ada Toyota dapat mengulangi kejayaan podium mereka, meneruskan rentak cemerlang mereka sejak 2021. – Kongsi Shafriman

Dalam kembalinya yang mengujakan, Proton R3 kembali ke S1K selepas perlumbaan terakhir pada 2019 dengan Proton Iriz. Tahun ini, Proton akan bersaing dengan Proton S70 R3 yang baru, dengan dua buah kereta. Kereta #81 akan dipandu oleh Syafiq Ali, pemenang tiga kali S1K, dan Fahrizal Hasan, yang terkenal dengan kejayaannya dalam perlumbaan ketahanan Sepang 12 Jam. Kereta #82 akan dipandu oleh Ariff Azmi, juara karting dan kereta touring berusia 18 tahun, dan Alister Yoong, pelumba Formula 4 berusia 21 tahun dan anak kepada bekas pemandu F1, Alex Yoong.

Dalam sesi kelayakan pada Jumaat, Honda Malaysia Racing Team mendominasi dua petak hadapan grid selepas catat masa terbaik dalam sesi yang berlangsung di Sepang. Pasukan R Engineering bermula dipetak ke-3 dan pasukan Hi-Rev Dream Chaser dengan pelumba mereka, Hayden Haikal, Rahul Mayer dan Daim menggunkaan kereta Suzuki Swift.

Selain daripada aksi perlumbaan yang mendebarkan, S1K menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua. Ini termasuk Cabaran Tamiya Mini BMax dan Simulator Time Attack di Paddock Club 1, yang terhad kepada 100 peserta. Orang awam boleh mengakses Grandstand Utama secara percuma dan menyaksikan aksi dengan lebih dekat dengan pas Paddock yang dijual pada harga RM150 dan pengalaman hospitaliti premium pada harga RM318 yang boleh dibeli di www.sepangcircuit.com.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related