Selwyn Griffiths meninggal dunia di usia 83 tahun

Pelumba lagenda Jalan Raya dari Pontypool, Wales, Kerajaan Bersatu (United Kingdom), Selwyn Griffiths dimaklumkan meninggal dunia pada 11 Januari lalu.

Perkara tersebut dikhabarkam menerusi satu laporan oleh Southern 100,dengan menyatakan bekas pelumba yang juga bapa kepada Jason Griffiths, pemenang 15 kali podium di Isle of Man TT itu telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun.

Selwyn Griffiths merupakan pelumba veteran yang melakukan debutnya dalam perlumbaan jalan raya Manx pada tahun 1961 di Manx Grand Prix. Kemudian selepas dua tahun, nama beliau lebih dikenali selepas berjaya meraih podium pertama dengan menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan Junior.

Kemaraannya dalam perlumbaan jalan raya diteruskan dengan kemenangannya dalam perlumbaan Senior Manx Grand Prix pada tahun 1964, sebelum beliau melangkah ke acara Isle of Man TT pada tahun seterusnya dan mencatat keputusan cemerlang dengan turut meraih kedudukan di kelompok ke-10 terbaik. Bukan itu sahaja, beliau turut meraih tempat ketiga dalam aksi Production TT pada tahun 1975.

Menurut kenyataan Isle Man of Today, Griffiths juga turut bersaing dalam perlumbaan Southern 100 secara berkala dari tahun 1965 hingga 1974. Beliau turut berjaya menguasai perlumbaan 500cc utama sebanyak dua kali, pada tahun 1966 dan 1974 sekaligus menunjukkan kehebatannya dalam mengendalikan jentera yang berbeza.

Pada tahun 1980-an pula, Griffiths kembali menyertai perlumbaan klasik seperti Classic Manx dan Pre-TT Classic Road Races, menghidupkan semula semangatnya dalam kategori tersebut dalam memberikans saingan yang penuh makna. Dalam perlumbaan Southern 100 terakhirnya pada tahun 1999, Griffiths menunggang jentera Manx Norton, yang juga meninggalkan satu simbolik dalam perjalanan kariernya.

Griffiths yang dikenali dengan kebolehannya menunggang pelbagai jenis motosikal, termasuk AJS, Matchless, Yamaha, Triumph, dan BSA jelas meninggalkan kesan mendalam. Legasinya dalam sukan permotoran akan sentiasa dikenang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related