Selepas 3 bulan berehat, Jake Dixon kembali uji jentera Honda di Misano

Selepas lebih tiga bulan melalui proses pemulihan panjang akibat kecederaan pergelangan tangan, Jake Dixon akhirnya kembali menunggang jentera Honda WorldSBK ketika sesi ujian dua hari di Litar Misano World Circuit “Marco Simoncelli” di Itali baru-baru ini.

Kemunculan semula pelumba Britain itu menjadi perkembangan positif buat Honda HRC menjelang pusingan WorldSBK di Aragon, yang dijangka menjadi penampilan sulung rasmi Dixon dalam kejuaraan tersebut musim ini.

Dixon sebelum ini menyertai Honda HRC bagi musim 2026 selepas meninggalkan Moto2, namun impiannya tertangguh apabila mengalami kemalangan highside ketika ujian rasmi di Phillip Island, Australia pada Februari lalu yang menyebabkan pergelangan tangan kirinya patah.

Beliau kemudiannya menjalani pembedahan di Melbourne sebelum pulang ke Andorra untuk meneruskan proses rehabilitasi.

Kini, selepas lebih tiga bulan berehat, Dixon kembali menguji jentera Honda CBR1000RR-R SP dan berjaya melengkapkan 87 pusingan sepanjang dua hari ujian di Misano.

Menariknya, Dixon terus menunjukkan kelajuan kompetitif apabila muncul pelumba Honda terpantas pada hari pertama dengan catatan masa 1 minit 33.941 saat, mengatasi pelumba ujian Jonathan Rea dan rakan sepasukan Somkiat Chantra.

Pada hari kedua, beliau memperbaiki catatan tersebut kepada 1 minit 33.405 saat walaupun jumlah pusingan (lap) dikurangkan kepada 37 pusingan susulan keadaan pergelangan tangannya yang masih belum pulih sepenuhnya.

Namun begitu, sesi tunggangan Dixon masih dilakukan secara berhati-hati dengan stint yang pendek bagi mengelakkan tekanan berlebihan pada kecederaan tersebut.

“Rasa sangat gembira dapat kembali bersama pasukan dan menunggang semula motosikal ini. Pergelangan tangan saya masih sakit dan saya hanya mampu melakukan sesi pendek, tetapi sekurang-kurangnya saya kembali berlumba,” katanya.

Menurut Dixon, beliau masih perlu menguruskan keadaan fizikalnya dengan teliti termasuk menggunakan rawatan ais dan bantuan fisioterapi sepanjang ujian berlangsung.

“Pada hari kedua saya kurangkan jumlah lap kerana mungkin saya terlalu memaksa diri pada hari pertama. Pergelangan tangan masih bengkak dan sakit, tetapi itu memang sesuatu yang kami jangkakan,” jelasnya lagi.

Walaupun mengakui masih jauh daripada tahap kecergasan penuh, Dixon tetap optimis untuk terus meningkatkan prestasinya sedikit demi sedikit menjelang aksi di Aragon nanti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related