Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

‘Saya tidak mampu memimpin Aprilia seperti Aleix Espargaro’ – Jorge Martin

Juara dunia MotoGP, Jorge Martin, mengakui bahawa beliau tidak akan pernah mampu memimpin bahkan menjadi ‘kapten’ untuk pasukan Aprilia seperti rakan karibnya, Aleix Espargaro.

Espargaro yang dikenali sebagai ‘Kapten’ kerana peranan kepimpinannya jelas memberikan tekanan kepada Martin. Namun, beliau mengakui bahawa untuk mencapai tahap yang sama adalah sesuatu yang sukar tetapi pelumba Sepanyol itu tidak menolak tanggungjawab untuk memimpin pasukan tersebut musim ini.

“Saya rasa saya tidak akan pernah mampu menjadi ‘Kapten’ seperti Aleix, kerana beliau sudah bersama Aprilia selama sembilan tahun, membawa Aprilia daripada tiada apa-apa kepada memenangi perlumbaan dan bersaing untuk kejuaraan dunia.

“Namun, saya boleh menerima tanggungjawab itu. Saya merasakan tanggungjawab untuk memimpin projek ini dan saya akan melakukan apa sahaja dalam kemampuan saya untuk berjaya membawa pasukan motosikal ini ke tahap tertinggi,” katanya kepada AS.

Espargaro dan Martin yang terkenal dengan hubungan mereka yang sangat rapat, dengan Espargaro beberapa kali merujuk kepada juara dunia itu sebagai anaknya. Selain menjalankan tugas sebagai pelumba ujian Honda, Espargaro juga telah menandatangani perjanjian untuk menjadi duta pasukan berbasikal Lidl-Trek tahun ini.

Dengan Martin kini menggalas tanggungjawab besar di Aprilia untuk musim 2025, perjalanan pasukan ini untuk mengungguli saingan MotoGP terus menjadi perhatian. Kepimpinan baharu Martin diharap dapat meneruskan momentum yang telah dibina oleh Espargaro sepanjang kariernya bersama pasukan tersebut.

Espargaro menghabiskan lapan tahun terakhir karier MotoGP beliau bersama Aprilia, membantu pasukan itu berubah ke kedudukan yang terbaik sepanjang berada bawah naungan pasukan tersebut.Beliau mengumumkan persaraannya semasa Grand Prix Catalan tahun lalu dan akan bertugas sebagai pelumba ujian Honda tahun depan.

Hanya seminggu selepas mengumumkan persaraannya, Martin menandatangani kontrak jangka panjang dengan pasukan factory Aprilia selepas Ducati memilih untuk tidak menaikkannya ke pasukan utama mereka untuk musim 2025.

credit : MotoGP

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related