Memulakan perlumbaan dari petak ketiga, pelumba negara, Hakim Danish mempamerkan aksi agresif apabila berjaya memperbaiki kedudukan ke tempat kedua selepas melakukan pintasan di selekoh pada pusingan kedua.
Bagaimanapun, David Almansa yang memulakan saingan dengan baik terus sukar digugat apabila berjaya mengekalkan kedudukan pendahulu sejak awal perlumbaan.
A classic Sepang crash for Bertelle 😔
#MalaysianGP 🇲🇾 https://t.co/g1ofbkYU0I— MotoGP™🏁 (@MotoGP) November 1, 2026
Persaingan di kelompok hadapan semakin sengit apabila beberapa pelumba saling berbalas pintasan sebelum Matteo Bertelle terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal selepas berlaku sentuhan di litar sebelum terbabas di selekoh keempat.
Maximo Quiles kemudian mempamerkan aksi lebih bertenaga apabila berjaya memintas Almansa untuk mengambil alih kedudukan pertama. Pelumba itu turut membina jurang masa 0.607 saat ketika saingan memasuki pusingan kelapan.
Pratama and Danish overtake Carpe ⚔️
#MalaysianGP 🇲🇾 https://t.co/2EFiRes4mx— MotoGP™🏁 (@MotoGP) November 1, 2026
Pertarungan semakin menarik apabila dua pelumba Asia Tenggara, Veda Pratama dan Hakim Danish berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas. Setakat pusingan ke-10, Veda berada di tempat kedua, diikuti Hakim di kedudukan ketiga dengan jurang 1.180 saat di belakang Quiles.
Memasuki fasa akhir perlumbaan, Hakim terus mencuba untuk merapatkan jurang dengan kelompok hadapan. Beberapa percubaan pintasan berjaya dilakukan, namun beliau gagal mengekalkan kedudukan apabila kembali dipintas Veda dan Almansa.
Meskipun memberikan tentangan sehingga dua pusingan terakhir, Hakim akhirnya terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat, hanya 0.226 saat di belakang pendahulu.
Keputusan itu menyaksikan Hakim terlepas peluang untuk menaiki podium, namun aksi konsisten dan keberaniannya dalam kelompok hadapan tetap menjadi tumpuan penyokong tuan rumah.


