Saidatul Zakirah raih tempat kedua di QSTK

Pelumba wanita negara, Saidatul Zakirah Zairin sekali lagi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua Kejohanan Qatar Superstock 600 Championship (QSTK) bagi kategori QSSP 300.

Kejohanan lumba motosikal yang telah berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, itu turut menjadi saksi bagi kejayaan yang diraih pelumba berusia 17 tahun itu dalam mengukir namanya sebagai wanita pertama negara yang berjaya menaiki podium dalam kejohanan tersebut.

Sebelum ini, Saidatul Zakirah atau lebih dikenali dengan panggilan Kirah merupakan pemegang lesen MAM dan FIM telah menamatkan Perlumbaan 1 di tempat keempat sebelum bangkit meraih tempat kedua di Perlumbaan 2.

Pada tahun 2024, pelumba yang baharu sahaja mencecah belasan tahun ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila menjadi wanita pertama di Asia yang beraksi dalam Kejohanan Wanita Eropah (WEC).

Bukan itu sahaja, dengan bakat dan potensi yang dimiliki Kirah dalam sukan permotoran, beliau berjaya menarik perhatian pasukan GP3 AD11 dari Chile yang berpangkalan di Itali untuk berlumba di Eropah.

Selain itu, beliau juga turut berjaya meraih pelbagai kejayaan termasuk dua kali menaiki podium dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK).

Kini, Saidatul dimaklumkan menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 400 untuk kelas Supersport 300 untuk terus memberikan cabaran kepada pelumba wanita lain di seluruh dunia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related