Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Romano Albesiano – “Aero Rake Tidak Akan Digunakan di Qatar”

Pengarah teknikal Aprilia, Romano Albesiano, mengadakan sesi media untuk mengulas berkenaan dengan perihal teknikal yang di uji di Sepang. Turut mengulas berkenaan dengan ‘aero-rake’ yang dilihat pada jentera Aprilia RS-GP Miguel Oliveira semalam.

Disoal berkenaan dengan program, kata Romano,

“Kami mahu para pelumba selesa kembali untuk menunggang (RS-GP) – bermula dengan jentera 2023. Selepas proses ini tamat, kemudian ke jentera 2024 untuk membuat perbandingan. Dari peranti aero, bukan aero, spesifikasi jentera baru”

“Gabungan ‘wing’, ‘swingarm’, kami bawa lebih 20 bahagian gabungan. Jadi, untuk tiga hari ujian, (untuk menguji semua), agak sukar”

“Kami mula dengan tetapan lebih kurang dengan jentera sebelum ini, untuk memahami mekanikal jentera yang baru adalah okay, dan apabila segalanya disahkan, kami mula ‘bermain’ dengan peranti pada jentera”

Jentera Aprilia merupakan pasukan pertama yang menguji sayap belakang ‘rear wing’, yang di gunakan di Mugello dua tahun lepas, dan kemudian tidak lagi kelihatan pada jentera. Kini, sayap belakang menjadi kebiasaan untuk dilihat pada jentera, namun, tidak buat pasukan Aprilia.

Kata Romano,

“Tidak mudah untuk jentera kami. Tidak begitu jelas kenapa sayap belakang ini tidak seakan berjaya untuk jentera kami. Kami cuba lagi disini, tetapi jentera seperti tidak mahu terus menerimanya.”

“Sayap belakang, perlulah seimbang dengan daya aero. Tetapi untuk kes kami, peranti ini menjejaskan dinamik tayar belakang. Sebaik sahaja anda meletakkan daya aero di belakang, sukar untuk menjadikannya lancar.”

Gambar: Simon Patterson

Mengenai aerorake,

“Kami mencuba membuat simulasi medan aerodinamik pada jentera. Aliran udara di sekeliling jentera dan pelumba dengan menggunakan program komputer. Program ini meramalkan aliran di sekeliling pelumba juga bentuk pada jentera.”

“Tetapi untuk semua pengiraan, anda perlu sahkan dengan eksperimen. Ini (penggunaan aerorake) adalah salah satu eksperimen untuk kami pastikan sama ada apa yang komputer katakan adalah betul. Jadi, kami buat simulasi tekanan pada bahagian belakang dan bandingkan dengan apa yang komputer katakan.”

“Kami tidak akan menggunakannya di Qatar. Ini hanyalah untuk memahami dan mengesahkan pengiraan.”

“Perkara utama pembangunan ‘aero’ adalah untuk mereka peranti mengelak haba tertentu dari disk untuk pergi ke rim, kemudian udara, kemudian tayar. Itulah tujuan semua perkara yang anda lihat. Untuk mengehadkan pemanasan.”

Musim lalu para pelumba Aprilia menghadapi masalah dimana haba yang tinggi dari jentera. Perkara tersebut menimbulkan masalah di litar cuaca panas, misalnya GP Thailand dimana Aleix Espargaro sukar untuk bernafas dan Maverick Vinales terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal.

Masalah tersebut masih belum berjaya diselesaikan,

“Malangnya, masih belum. Kami cuma membuat simulasi perlumbaan bersama tiga pelumba berada di belakang jentera. Namun, masalah masih sama. Kami perlu memperbaiki dan mencari jalan sebelum perlumbaan bermula, jika tidak kami akan menghadapi masalah lagi.”

Jentera Aprilia juga dilihat bergelut di sesetengah litar,

“Kami belum memahami penuh mengapa perkara ini berlaka. Masih perlu memahami perkara melibatkan komponen, suhu panas. Bukan masalah hanya pada pengurusan tayar. 50% adalah berkenaan tayar, 50% adalah masalah lain”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related