Pasukan Red Bull GASGAS Tech3 kembali meraikan kejayaan di podium selepas persembahan cemerlang yang disudahkan Pedro Acosta dalam keadaan cuaca hujan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram yang turut menyumbang kepada trofi kelima buat Red Bull untuk musim ini.
Aksi final GP Thailand itu menyaksikan pelumba kelahiran Sepanyol ini melonjak dari kedudukan ke-7 di grid dan meraih tempat ke-3 di dua pusingan terakhir, menjadikan penampilan podium pertamanya sejak pusingan ke-15 di Indonesia.
Dalam pada masa yang sama, satu lagi pelumba Redbull, Augusto Fernandez bermula dengan berada dalam kelompok lapan teratas namun kemalangan di penghujung perlumbaan menyebabkan dia DNF dan memberikan peluang kepada Daniel Holgado mengambil tempat ke-12 dalam Moto3™ manakala rakan sepasukannya, Jacob Roulstone, meraih mata terakhir di kedudukan ke-15

Acosta meraih 16 mata hasil daripada persembahan hebatnya dalam keadaan cuaca hujan di Thailand, dan ini merupakan kedudukan podium pertamanya dalam suasana basah di MotoGP.
Pedro Acosta :
“Ianya pengalaman yang menakjubkan!Perlumbaan yang memerlukan saya untuk melakukannya dengan cara yang betul tetapi masih dalam keadaan yang tenang, malah selepas beberapa pusingan yang masih tidak berjaya, saya masih berasa bersemangat.
“Kami perlu berasa gembira. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan atas kerja yang luar biasa kerana setiap kali kami cuba sesuatu, kami semakin baik. Saya rasa kami sedang berusaha untuk mencapai apa yang kami mahukan.
Augusto Fernandez, DNF:
“Sayangnya, saya tidak dapat menghabiskan perlumbaan saya apabila mengalami kemalangan. Meskipun saya sudah cuba untuk mengelak dari terjatuh, namun saya masih gagal. Saya membuat kesilapan, dan ketika cuba untuk memperbaiki kedudukan, saya mungkin telah menolak jentera saya dengan terlalu kuat.
“Selepas melihat kepada keputusan saya, saya masih merasakan sayang sekali kerana kedudukan lapan teratas itu berada di depan mata. Kita akan teruskan usaha seterusnya di Malaysia.
Berikut adalah keputusan MotoGP di Grand Prix Thailand:
Keputusan MotoGP Grand Prix Thailand
- Francesco Bagnaia (ITA) Ducati 43:38.108
- Jorge Martin (ESP) Ducati +2.905
- Pedro Acosta (ESP) GASGAS +3.800
- Jack Miller (AUS) Red Bull KTM Factory Racing +5.532
- Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing +5.898
DNF. Augusto Fernandez (ESP) GASGAS
Fasa terakhir daripada tiga perlumbaan berturut-turut akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, yang dijadualkan berlangsung 1 hingga 3 November ini dan musim 2024 akan secara rasmi melabuhkan tirainya di Grand Prix Valencia dalam tempoh tiga minggu lagi.