Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Red Bull zahirkan penghargaan terakhir kepada Jack Miller

Menjelang pusingan terakhir MotoGP 2024 di Grand Prix Solidariti Barcelona, Red Bull KTM Factory Racing menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan atas kerja cemerlang yang dipamerkan Jack Miller sepanjang dua tahun bekerjasama dengannya.

“Red Bull KTM Factory Racing ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Jack Miller untuk masa depan dan mengucapkan terima kasih atas kerja cemerlangnya sepanjang musim 2023 dan 2024.

“Jack kembali ke keluarga Red Bull KTM pada tahun 2023 selepas hampir memenangi Kejuaraan Dunia Moto3™ 2014 sebagai sebahagian daripada pasukan Red Bull KTM Ajo. Penunggang Australia ini membawa semangat, sikap positif, dan semangat berpasukan yang hebat ke projek MotoGP dan merupakan tokoh penting dalam pembangunan aspek utama KTM RC16,” kata Red Bull KTM menerusi satu kenyataan.

Sepanjang pelumba berusia 29 tahun itu dibawah pasukan Red Bull KTM, beliau berjaya meraih satu podium, dua tempat dalam perlumbaan Sprint, dan tiga penampilan di barisan hadapan serta pencapaian terbaiknya adalah berada di kedudukan ke-11 dalam kedudukan kejuaraan dunia dan konsisten menjadi antara figura yang terkenal di atas litar MotoGP selama dua musim ini.

Pada September lalu, Jack Miller dilaporka bakal menyertai pasukan Prima Pramac Yamaha Factory secara rasmi bermula pada tahun 2025 dengan kontrak yang ditandatanganinya selama setahun bersama pasukan itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related