Quartararo terus mengganas

Fabio Quartararo terus membuktikan dirinya sebagai ancaman utama dalam saingan MotoGP 2025 selepas sekali lagi memulakan hujung minggu perlumbaan dari petak hadapan.

Di perlumbaan kelayakan GP British yang berlangsung di litar ikonik Silverstone semalam, pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP itu, mencatat masa terpantas 1:57.233 saat yang turut merupakan satu rekod baharu litar yang mengukuhkan statusnya sebagai ‘The Flying Frenchman’.

Masa tersebut 0.309 saat lebih pantas daripada pesaing terdekatnya, Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP), yang turut menunjukkan prestasi cemerlang untuk meraih tempat kedua. Turut melengkapkan barisan hadapan adalah Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team), yang akan memulakan perlumbaan utama dari P3.

Sementara itu, pendahulu kejuaraan dunia, Marc Marquez (Ducati Lenovo Team), terpaksa berpuas hati di barisan kedua apabila hanya mampu mencatat masa keempat terpantas selepas membuat kesilapan kecil dalam pusingan akhir.

Sorotan Kelayakan Q1

Pusingan kelayakan Q1 menyaksikan Raul Fernandez (Trackhouse MotoGP Team) mencatat masa penanda awal sebelum Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing), yang terjatuh di latihan bebas 2 (Free Practice 2), mengatasi dengan masa 1:58.566s. Joan Mir (Honda HRC Castrol) turut menunjukkan prestasi konsisten di tempat kedua.

Namun, segalanya berubah dalam pusingan kedua apabila beberapa insiden berlaku — Maverick Viñales (Red Bull KTM Tech3) mengalami isu teknikal dan Somkiat Chantra (IDEMITSU Honda LCR) terjatuh di Pusingan 2. Ini turut membuka ruang kepada Luca Marini dan Franco Morbidelli untuk menembusi kedudukan dua tempat teratas dan mara ke Q2. Mir hanya ketinggalan 0.023 saat untuk layak.

Sorotan Q2

Pusingan Q2 bermula panas apabila tiga pelumba, Marc dan Alex Marquez serta Alex Rins cuba mengekori satu sama lain untuk dapatkan ‘tow’ aerodinamik. Rins pantas memuncaki carta di awal sesi, diikuti Jack Miller dan Quartararo, menjadikan 1-2-3 untuk Yamaha seketika.

Namun, segalanya berubah apabila Marc Marquez mencatat masa pertama ke dalam julat 1:57, diikuti Bagnaia dan Quartararo. Selepas dua percubaan penuh, Marc masih mendahului, diikuti Quartararo dan Bagnaia, manakala Alex Marquez, Rins dan Fabio Di Giannantonio mengisi barisan kedua.

Ketika saingan memuncak, Bagnaia muncul sebagai pencabar utama untuk petak pertama tetapi Alex Marquez berjaya memintasnya dengan kelebihan hampir tiga persepuluh saat sebelum Quartararo mencuri perhatian dengan satu pusingan sempurna.

Quartararo sekaligus memecahkan rekod litar dan melonjak ke P1, meninggalkan Alex dan Bagnaia dalam saingan sengit. Marc Marquez yang turut berazam untuk menyertai saingan gagal apabila terpaksa akur setelah keluar dari litar di selekoh Maggotts dan Becketts untuk menempatkannya di kedudukan ke-4 dalam grid.

Berikut merupakan kedudukan Grid perlumbaan GP British 2025 :

  1. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP)
  2. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  3. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team)
  4. Marc Marquez (Ducati Lenovo Team)
  5. Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  6. Jack Miller (Prima Pramac Yamaha MotoGP)
  7. Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team)
  8. Luca Marini (Honda HRC Castrol)
  9. Johann Zarco (CASTROL Honda LCR)
  10. Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team)
  11. Marco Bezzecchi (Aprilia Racing)
  12. Alex Rins (Monster Energy Yamaha MotoGP)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related