Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Quartararo dan Alex Rins Terus ke Slot Q2 Selepas Tamat Sesi Jumaat

Fabio Quartararo dari Energy Yamaha MotoGP dan Álex Rins memulakan hujung minggu Grande Prémio de Portugal dengan positif. Selepas beberapa kali bendera kuning dikibarkan, kedua-dua pelumba masing-masing menamatkan sesi hari Jumaat itu tempat ke-9 dan ke-10 dalam klasifikasi, menjadikan mereka mendapat tempat secara langsung dalam sesi Q2 esok.

Quartararo melengkapkan 20 pusingan pada sesi pagi sebelum meletakkan diri dalam kelompok 10 teratas pada sebelah petang. Setelah menamatkan aksi pagi di tempat ke-11, dia tahu dia hampir mencapai sasarannya. El Diablo terpaksa menunggu beberapa minit terakhir untuk mencatatkan 1’38.552s pada pusingan 19/20, untuk menduduki tempat kesembilan dalam catatan masa perbezaan 0.495s dari pelumba dikedudukan pertama sekaligus membawanya terus ke Q2 esok.

Sangat bagus untuk masuk ke Q2. Kami berjaya mendapat pusingan yang baik pada penghujung sesi. Kami melakukan beberapa kesilapan hari ini, dan terdapat beberapa perkara yang perlu disesuaikan, jadi diharapkan kami boleh meanfaatkan esok pagi dengan lebih baik sedikit. Saya fikir ia bagus untuk Yamaha melihat kedua-dua pelumba berikan 100%. Saya rasa Álex dan saya sedang membantu satu sama lain untuk menjadi lebih baik dan terus berusaha ke arah ini. Keadaan jentera agak baik tetapi, malangnya hujan turun dengan lebat semalam, dan trek agak kotor dan tidak ‘mencekam’. Saya fikir ia adalah sesuatu yang positif untuk berada di Q2. – Fabio

Alex Rins dalam sesi Practice pada Jumaat. – Gambar: Media Yamaha MotoGP

Rins semasa FP1 berada di tempat ketujuh. Beberapa strategi pada sesi pagi membuatkan pelumba Sepanyol lebih yakin untuk mencabar tempat di Q2. Pada sebelah petang, beliau mencatatkan 1’38.560s dan meletakkan beliau di tempat ke-10 dalam keputusan Latihan, perbezaan sebanyak 0.503s dari pelumba tempat pertama dan mengesahkan tempat dalam Q2.

“Jentera sama seperti di Qatar. Kami tidak mempunyai masa untuk mencuba perkara baru, tetapi sejak FP1, saya berasa yakin dengan jentera. Litar ini berbeza daripada Lusail, dan saya dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat. Dalam sesi Latihan, saya cukup kompetitif dan saya boleh memasuki Q2. Ia satu pencapaian yang hebat untuk saya. Sudah lama saya tidak dapat berada di Q2, juga kerana masalah kaki. Banyak ruang untuk ditambah baik yang sama seperti yang kami lakukan di Qatar, jadi kami sedang mengumpul maklumat dan menambah baik perkara yang kami ada dan cuba mendapat manfaat daripada ini sebanyak mungkin.” – Alex Rins


Bagi Pengarah pasukan, Massimo Meregalli mengakui ia bukan mudah untuk berada dalam kedudukan 10 terbaik dalam sesi Latihan yang terus layak ke Q2. Secara realistik, Yamaha masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan terus berusaha ke arah itu.

Sesi MotoGP pada hari Sabtu bermula jam 6:10 petang (waktu Malaysia) dan ikuti perkembangan dan keputusan Q2 dan Sprint Race di semua platform Tarmac Sports.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related