Qabil Irfan yang menyertai pasukan Frando Racing VHC Team dalam kategori Moto4 tidak mensia-siakan peluang ‘hadir’ awal bagi mengikuti ujian bersama pasukan di Litar Catalunya malah memanfaatkan peluang yang ada untuk raih podium pertama di dalam ESBK Moto4.
Podium untuk Qabil hadir bermula dari Race 1 ditempat ke-3 dan podium kedua ditempat ke-2 diraih dalam Race 2. Estoril merupakan litar pusingan ke-3 daripada 7 pusingan keseluruhan untuk musim ini.
“Pada Pusingan 3 ini, saya tamatkan Perlumbaan 1 di tempat ke-3. Manakala untuk Perlumbaan 2, saya tamatkan perlumbaan di tempat ke-2. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada SIC, KBS, Terengganu Inc, RCB, ZK Racing, dan pasukan Frando kerana banyak membantu saya.
“Di perlumbaan 1, agak sengit dan begitu juga di Perlumbaan kedua. Di Perlumbaan 2, saya sempat mendahului perlumbaan sebentar dan gap dalam 1 saat lebih. Tetapi mereka berjaya kejar saya di akhir perlumbaan. Jangan lupa doakan kejayaan saya di Pusingan ke-4 nanti di Catalunya, Sepanyol.” – berkongsi Qabil.
Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin yang bertanggungjawab membawa Qabil Irfan menyatakan kelebihan yang ada pada pelumba Sepanyol adalah mereka mempunyai pengalaman di litar-litar Spain berbanding Qabil dan di Estoril sedikit berlainan, jadi kelebihan agak sama rata kepada Qabil.
“Alhamdulillah saya sangat gembira dengan keputusan Qabil pada minggu ini di litar Estoril dengan mendapatkan dua podium dikedua-dua perlumbaan dan bersaing dengan kompetitif di hari pertama hingga hari perlumbaan Race 2.
“Sebelum pergi ke Estoril kita ambil satu inisiatif untuk terbang lebih awal dan adakan ujian di Litar Catalunya bersama team Frando dan ternyata ia mendapat kelebihan yang baik untuk Qabil di atas jentera Moto4.
“Secara keseluruhan, saya yakin dengan persembahan Qabil berbanding dengan pelumba Spain yang lain, saya yakin ini pengalaman baru untuk Qabil dan masih banyak perlu belajar. Apa-apa pun keputusan yang ditunjukkan oleh Qabil sangat membanggakan dan mengharapakan ia berterusan dan kita cuba kekalkan momentum ini sampai ke hujung tahun.” – kata Zulfahmi
Ini keputusan kedudukan 5 terbaik bagi kedua-dua perlumbaan.
RACE 1
1. ENZO ZARAGOZA, ESP, IGAX TEAM (22:11.195)
2. ERIC RUZ, ESP, IGAX TEAM +0.005
3. QABIL IRFAN, MAL, FRANDO RACING VHC TEAM LIQUI MOLY +0.028
4. ENEKO OSORIO, ESP, FRANDO RACING VHC TEAM LIQUI MOLY +0.083
5. ALESSIO ARNOLD, SUI, FULLMOTO SQUADRA CORSE +5.893
RACE 2
1. LEONARDO CASADEI, ITA, IGAXTEAM (22:03.019)
2. QABIL IRFAN, MAL, FRANDO RACING VHC TEAM LIQUI MOLY +0.056
3. ENZO ZARAGOZA, ESP, IGAXTEAM +0.093
4. RICCARDO MECHIELIN, ITA, ASPAR KSB TECHNICAL ACADEMY +0.157
5. ERIC RUZ, ESP IGAXTEAM +0.852