Qabil Irfan mengunjungi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Juara Dunia FIM MiniGP musim 2023, Qabil Irfan mengunjungi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Bertempat di Bilik Menteri KBS, MSN Bukit Jalil, sebentar tadi Qabil Irfan mengunjungi YB Hannah Yeoh. Turut bersama dalam sesi Kunjungan Hormat tersebut ialah Ketua Pengarah JBSN Encik Mohd Azhari Mohammad & Penolong Pengarah JBSN Encik ⁠Mohd Mu’azam Shah bin Abdul Mutalib.

Rombongan Kunjungan Hormat kepada Menteri juga disertai oleh Ketua Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif, Pengurus Kejohanan FIM MiniGP Malaysia ⁠Zulfahmi Khairuddin dan Hakim Danish.

November tahun lalu, pelumba cilik tersebut melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Juara Dunia FIM MiniGP Siri Dunia dengan mendominasi Litar Kart Ricardo Tormo, Sepanyol. Qabil memenangi perlumbaan tiga kali berturut-turut bagi kategori 160cc, dengan mengumpul 100 mata dan mengalahkan pelumba Jepun, Kotaro Togashi di tangga kedua keseluruhan dengan 76 mata dan diikuti dengan Enzo Zaragoza dengan jumlah 65 mata keseluruhan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related