Pengurus Pasukan Prima Pramac Racing, Gino Borsoi berkongsi kepada DAZN mengenai perancangan pasukan musim hadapan.
Situasi MotoGP kini tertumpu kepada kem Ducati yang masih belum muktamadkan beberapa percaturan pelumba mereka yang melibatkan Juara Dunia 8 kali, Marc Marquez, pelumba factory sedia ada, Enea Bastianini, dan Jorge Martin.
Hampir separuh musim MotoGP 2024 berlalu dan prestasi pelumba dan pasukan boleh dikatakan ‘cukup’ untuk dinilai sebelum terlambat.
Prestasi Jorge Martin yang kini selepas enam pusingan berada pada kedudukan teratas dengan 155 mata mengatasi Juara Dunia musim lalu dengan kelebihan 39 mata. Manakala Juara Dunia 8 kali Marc Marquez menunjukkan prestasi luar biasa dan sekali pun menggunkan jentera Ducati versi GP23 dengan kutipan 114 mata.
Situasi ini membuka mata banyak pihak terutama pengurusan Ducati Corse yang perlu membuat beberapa keputusan penting peralihan dan percaturan pelumba serta semua pasukan yang menggunakan jentera Ducati.
Situasi ini lebih panas apabila Marc menyatakan dengan terang yang Prima Pramac Ducati bukan pilihan yang beliau mahu. DAZN sempat menemubual pengurus pasukan Prima Pramac Ducati, Gino Borsoi dan mendapatkan reaksi balas kenyataan #MM93.
“Dengan segala hormatnya kepada Marc, yang merupakan Juara dunia lapan kali, kami sebagai satu pasukan juga telah melakukan sesuatu yang bersejarah. Kami telah dapat memenangi Kejuraan Pasukan, dan merupakan pasukan yang bekerja dengan baik yang mana saya amat berbangga menjadi sebahagian daripadanya kerana kami adalah sebuah keluarga dan kami mempunyai nilai yang sangat baik.” – Gino Borsoi
Mengenai respon Gino berkenan Marc mahu jentera terkini musim 2025 iaitu GP25 dan mungkin dengan kekal dengan pasukan sedia ada, Gresini pun mampu menggunakan jentera yang sama?
“Kami adalah pasukan yang paling rapat dengan Ducati, itulah yang saya selalu katakan, kami mempunyai jentera rasmi seperti yang dimiliki oleh pasukan factory, dan kami akan terus memiliki jentera rasmi tahun depan.” – tambah Gino
Jorge Martin hampir pasti meninggalkan Prima Pramac Ducati dan mereka perlu mencari pengganti yang sekuat Jorge Martin untuk kekal menjadi pasukan ‘Independent Team’ yang digeruni pasukan lawan.