Pitbull tamatkan kerjasama bersama Trackhouse

Armando Christian Perez, atau lebih dikenali sebagai Pitbull, secara rasmi menamatkan kerjasama dengan pasukan Trackhouse Racing baru-baru ini.

Menjelang musim baharu MotoGP 2025, yang merupakan musim kedua Trackhouse dalam kejuaraan itu, Pitbull telah mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan pasukan berkenaan. Pengumuman itu dibuat sebelum beliau mengadakan persembahan langsung di Daytona 500, salah satu acara perlumbaan paling berprestij di dunia.

“Saya telah mengakhiri kerjasama dengan Trackhouse Racing,” ujarnya.

“Sepanjang lima tahun ini, kami telah mencipta sejarah dengan memperkenalkan NASCAR kepada khalayak baharu, sambil jatuh cinta dengan peminat sukan ini. Kini, kami telah membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama ini berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, pengasas Trackhouse, Justin Marks, turut menghargai sumbangan Pitbull dalam membina jenama pasukan mereka sejak awal penubuhannya.

“Ini adalah kisah kejayaan perniagaan yang luar biasa. Armando menyertai kami ketika tiada jaminan kejayaan dan mengambil risiko untuk membantu membina jenama ini bersama-sama. Kini, setelah kami berkembang dan mempunyai rakan kongsi baharu, beliau turut dapat menikmati kelebihan dan ganjaran atas impak yang telah diberikan. Kini, Ia merupakan pelaburan yang menguntungkan bagi kedua-dua pihak. Saya teruja untuk melihat apa yang bakal beliau lakukan selepas ini!” ujar Marks.

Biarpun Pitbull bukan lagi sebahagian daripada Trackhouse Racing, pasukan itu tetap komited dalam dunia MotoGP.

Sebelum ini, penyanyi rap terkenal itu merupakan rakan kongsi pasukan tersebut selama empat tahun, sejak dari mereka memulakan penyertaan dalam NASCAR Cup Series sebelum meluaskan penglibatan ke MotoGP.

Sebagai pasukan satelit bagi Aprilia, Trackhouse Racing akan menghadapi musim 2025 dengan barisan pelumba baharu, iaitu Raul Fernandez dan pendatang baharu, Ai Ogura. Dengan perubahan dan wajah baharu dalam pasukan, masa depan Trackhouse dalam MotoGP dan NASCAR dijangka terus menjadi tumpuan peminat sukan permotoran di seluruh dunia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related