Sebelum ini pada 23 April 2025, Sepang International Circuit (SIC) dan AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) telah menandatangani satu perjanjian perkongsian strategik antara kedua pihak ini telah diadakan di The Tun Razak Exchange (TRX) dimana terletaknya cawangan baru AEON Credit The Exhange 106 TRX Flagship.
Perjanjian ‘Letter of Understanding’ (LOU) ditemetrai sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman dan Daisuke Maeda, Pengarah Urusan AEON Credit. Namun ia bukanlah perjanjian biasa namun beri impak besar kepada dasar pengurusan kewangan dan pentadbiran terutamanya SIC.

Namun jika orang awam yang melihat dari mata kasar mungkin tidak nampak akan kesan langsung dan tidak langsung pada pelumba, pemain industri dan penonton yang hadir sepanjang penganjuran Malaysia Superbike Championship (MSBK).
Menurut sumber sahih, SIC berjaya jimatkan keseluruhan kos penganjuran MSBK bagi musim 2025. Jika kos penganjuran bagi setiap pusingan adalah RM100 ribu, SIC telah jimatkan sejumlah RM400 ribu. Ini bukan jumlah yang kecil kepada mana-mana organisasi dan kos penganjuran sebelum ini ditanggung oleh SIC sendiri.
Objektif yang dikongsi bersama adalah memantapkan lagi sukan permotoran Malaysia dimana fokus utama untuk mendekatkan komuniti sukan dua roda dan menambahbaik keseluruhan pengalaman peminat permotoran. Dengan kerjasama ini AEON Credit diberi peranan dalam dua penganjuran yang besar termasuk PETRONAS Grand Prix of Malaysia dan MSBK sendiri.
Menurut laporan Tahun Berakhir Kewangan (FYE) yang diterbitkan oleh AEON 2024, AEON Credit mencatat hasil sebanyak RM1.9 billion dengan untung selepas cukai dianggarkan sebanyak RM424 juta. AEON Credit juga merekodkan prestasi menaik jika dibandingkan dengan laporan dari 2024, 2023 dan 2022. Dengan kerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang mampu mengukuhkan dan mengembangkan pasaran AEON Credit sedia ada.
Pada 17 Jun 2025, AEON Credit telah umumkan melancarkan ‘AEON Biker Visa Cards’ yang merupakan kredit kad yang cipta khas bagi komuniti motosikal. Daisuke Maeda percaya motosikal bukan lagi keperluan tetapi ia sebuah gaya hidup seiring dengan status Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Dengan kerjasama ini SIC-AEON Credit juga melihat kepada model yang perniagaan yang berbeza iaitu Perniagaan-kepada-Pengguna atau dalam istilah lain adalah B2C melalui Road Show MotoGP, tapak pameran, hospitaliti dan tiket serta rakan strategik litar.
Menurut CEO SIC, kerjasama ini bukan sahaja tertumpu di dalam litar tetapi diluar litar dan membuka luas ekosistem sukan permotoran secara keseluruhan. AEON Credit melalui Daisuke Maeda sifatkan kerjasama ini merangkumi solusi kewangan, membina kekuatan jenama serta kempen melangkau platform digital dan pengaktifan dilapangan. Namun paling utama adalah untuk mengangkat sukan permotoran dari akar umbi ke peringkat dunia.
Usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak (SIC dan AEON Credit) perlu dinormalisasikan dan dipanjangkan kepada pihak swasta dan syarikat yang berpotensi lain bagi memastikan sukan permotoran terutama MSBK dapat dianjurkan setiap tahun tanpa sebarang masalah atau kekangan kewangan yang biasanya dijadikan alasan utama dalam sukan ini.
Pusingan kedua MSBK 2025 akan berlangsung pada hujung minggu ini bermula 4 hingga 6 Julai 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.

Diterbitkan oleh Tarmac Sports.


