Jika kita menyingkap kembali perlumbaan Suzuka World Endurance 8 Hours yang telah diadakan pada minggu lalu pada 1 hingga 3 Ogos 2025 merupakan sesuatu yang perlu kita banggakan kerana sikap berani pengurusan Boon Siew Honda (BSH) meletakkan pelumba pelumba serta jurutera dan krew dalam perlumbaan ketahanan 8 jam.
Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan beberapa penilaian utama termasuk kos yang perlu dikeluarkan sebagai bukti komitmen tinggi pihak pengurusan BSH dalam perlumbaan dunia yang cukup penting.
Bercakap kepada Tarmac Sports, Ketua Bahagian Permotoran Boon Siew Honda Malaysia, Zulhelmi Ahmad menyatakan ia merupakan satu sejarah kepada BSH sendiri apabila menghantar empat pelumba Malaysia dan krew ke perlumbaan penting itu.
Boon Siew Honda bukan sekadar aktif mempromosi kekuatan jentera mereka dalam perlumbaan Malaysia Cub Prix, Malaysia Superbike atau FIM Asia Road Racing Championship tetapi mengorak langkah mengetengahkan pelumba dan krew keperingkat lebih tinggi. Ia suatu ekosistem kendiri dengan dorongan Honda Global.

Zaqhwan Zaidi, Azroy Hakeem, Khairul Idham Pawi (KIP), Helmi Azman antara pelumba yang menyertai pasukan di Suzuka 8 Hours. Masing-masing Zaqhwan dan Azroy mewakili Honda Asia-Dream Racing with Astemo. KIP bersama pasukan Honda Suzuka Racing Team dan Helmi Azman bersama pasukan Honda Tochigi Racing & Koyokai DREAM RT.
Selain pelumba, BSH juga menghantar Ketua Mekanik, Mohamad Redzuan ke dalam pasukan Honda Asia-Dream Racing with Astemo dan dua lagi krew di Suzuka. Pencapaian tahun ini lebih baik dari edisi tahun lepas dimana pasukan yang diwakili oleh Azroy dan Zaqhwan menamatkan di kedudukan ke-10, KIP ditempat ke-14 dan Helmi ditempat ke-49 daripada 55 pasukan bertanding.
FIM Endurance Suzuka 8 Hours merupakan perlumbaan kelas Dunia dengan kehadiran ramai pelumba dari pelbagai Kejohanan utama seperti MotoGP, WorldSBK, WorldSSP danAsia Road Racing. Jadi komitmen yang ditunjukkan oleh Honda Racing Malaysia dalam edisi ke-46 SuzukaWorld Endurance 8 Hours berjaya memberi ruang sewajarnya kepada pelumba dan krewtempatan untuk lebih kedepan di peringkat Dunia.


