Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Pelumba Malaysia pamer aksi cemerlang di Litar Buriram

Dua wakil negara bagi kategori AP250 berjaya menempatkan diri dalam kedudukan kelompok sepuluh pelumba terbaik selepas memberikan saingan sengit dalam pusingan kelayakan Kejohanan Idemitsu FIM Asia Road Racing (ARRC) 2024, sebentar tadi.

Aksi pusingan keenam yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand menyaksikan tumpuan utama negara, Muhammad Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-8 selepas mempamerkan aksi meyakinkan.

Meskipun, kerap memberikan cabaran untuk memintas pelumba yang berada di kedudukan terbaik, namun Damok terpaksa akur hanya sekadar berjaya mencatatkan masa 1:52.987 saat dengan aksi konsistennya di atas litar sekaligus meletakkan Pasukan Honda Racing untuk berada dalam kelompok 10 terbaik.

Turut berada dalam kelompok sepuluh terbaik, Irfan Haykal yang juga merupakan pelumba yang mewakili Idemitsu Boon Siew Honda berjaya menduduki tangga ke-9 selepas mencatatkan masa 1:53.043s dalam sesi kelayakan selepas mengekalkan pecutan yang konsisten.

Dalam pada itu, seorang lagi pelumba muda negara Emil Idzhar Ezwan menunjukkan semangat juang yang tinggi meskipun berdepan cabaran besar di litar. Pecutan di saat-saat terakhir berjaya meletakkan pelumba Pitsbike Oneway JRT Tech 2 Racing Team itu di kedudukan ke-13 dengan rekod masa 1:53.559s.

Saingan akan diteruskan dengan pelumba-pelumba turun dengan misi menjuarai aksi perlumbaan AP250 ARRC yang dijadualkan petang ini dan esok.

Berikut merupakan keputusan sesi kelayakan AP250 bagi ARRC dengan kedudukan ketiga terbaik didominasi pelumba negara jiran, dari Indonesia dengan Mohammad Faerozi Toreqotullah berjaya mendapatkan kedudukan pole di grid pada aksi perlumbaan.

  1. Md Faerozi Toreqottullah (Indonesia) – Masa terbaik: 1:51.714
  2. Herjun Atna Firdaus (Indonesia) – Masa terbaik: 1:51.872
  3. Md Kiandra Ramadhipa (Indonesia) – Masa terbaik: 1:51.949
  4. Peerapong Boonlert (Thailand) – Masa terbaik: 1:52.274
  5. Aiki Iyoshi (Jepun) – Masa terbaik: 1:52.617
  6. Arai Agaska Dibani Laksana (Indonesia) – Masa terbaik: 1:52.951
  7. Humberto Cezar Maier Neto (Brazil) – Masa terbaik: 1:52.983
  8. Md Syarifuddin Azman (Malaysia) – Masa terbaik: 1:52.987
  9. Md Irfan Haykal (Malaysia) – Masa terbaik: 1:53.043
  10. Cao Viet Nam (Vietnam) – Masa terbaik: 1:53.164
    13.Emil Idzhar Ezwan (Malaysia) – Masa terbaik: 1:53.837

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related