Setelah tamat pusingan ke-2 FIM MiniGP Malaysia Series di Litar Antarabangsa Go Kart Sepang pada Ahad lepas, Zulfahmi Khairuddin melihat banyak peningkatan lebih baik yang ditunjukkan bagi keseluruhan penganjuran.
Namun bagi kategori 110cc dan 160cc banyak pelumba antarabangsa mencatat kemenangan di pusingan ke-2. Dari sudut positif, kelas 190cc masih diungguli pelumba negara dan jurang antara Qabil dan khususnya Farish Hafiy semakin rapat.
Pelumba Malaysia perlu tampil lebih agresif untuk baki tiga pusingan seterusnya di Langkawi, Perlis dan Sepang. Zulfahmi turut beri komen setelah tamatnya pusingan kedua FIM MiniGP di Litar Antarabangsa Go Kart Sepang.
“Secara keseluruhan semuanya bagus, penganjuran juga lebih baik dari tahun lepas. Jarak antara kategori 190cc antara Qabil dan pelumba dibelakang juga semakin dekat namun masih ada kekurangan dari pelumba Malaysia.
“Kita nampak pelumba antarabangsa seperti Indonesia, Hong Kong, Vietnam yang mendominasi kategori 110cc dan 160cc. Jadi saya harapkan pelumba Malaysia celik untuk bangkit dengan prestasi peribadi kerana litar Langkawi akan lebih mencabar.
“Ini motivasi kita, kenapa kita bawa pelumba luar datang ke negara kita untuk kita belajar sesama sendiri.” – Zulfahmi Khairuddin
Pusingan kedua kelas 110cc Al-Adam Mikail dari Pahang konsisten mengekalkan kedudukan podium mesti pun diberi tentangan hebat kepada pelumba Vietnam, Nguyen Minh Tuan dan Cheung Yan Kit dari Hong Kong. Ini kedudukan keseluruhan SIC Ohvale Junior Championship selepas pusingan 2 – Sepang Go Kart
Bagi kategori 160, pelumba Nguyen Viet Tuan mendahului kedudukan keseluruhan namun pelumba asal Terengganu, Airel Marzuki beri tentangan sengit setiap perlumbaan. Ini kedudukan keseluruhan FIM MiniGP 160.
Bagi kategori 190cc Qabil mencapai kemenangan ke-4 bagi kelas ini dan diikuti oleh Farish Hafiy dengan 73 mata. Ini kedudukan FIM MiniGP 190cc